Jon Jones Kecam UFC Dan Peminat Yang Iktiraf Nurmagomedov Atasinya Sebagai Petarung Terbaik Dalam Sejarah

Jon Jones bercampur baur perasaannya menyambut kejayaan Khabib  Nurmagomedov ke atas Justin Gaethje dalam saingan UFC 254.

Pada awalnya Jones mengucapkan tahniah dan memuji Nurmagomedov sebaik sahaja petarung itu mengumumkan persaraannya.

Namun tidak lama selepas itu, Jon memperlekehkan pengiktirafan bahawa Khabib Nurmagomedov sebagai pertarung terbaik sepanjang zaman UFC untuk pound-for-pound rankings.

Khabib menolak Jones turun ke tangga kedua dalam raking P4P itu.

Ini selepas Nurmagomedov menamatkan kariernya dengan 29-0. Sebelum itupun Nurmagomedov sudah berhasrat mahu menjadi petarung no.1 selepas hanya tewas dua pusingan sahaja di dalam kariernya sebagai petarung UFC.

Sejak ranking itu diperkenalkan pada 2013, kebanyakannya Jon Jones telah menguasai carta tersebut. Dan Jones jelas tak rela ranking itu kini milik Khabib Nurmagomedov.

Jones berkata: “Ini nombor 1 bullsh*t,” tulis  Jones menerusi twitter.

Sejak beberapa hari ini, Jones terus mengecam sesiapa sahaja yang meletakkan Nurmagomedov di atasnya dalam ranking pound-for-pound yang menjadi ranking GOAT / “greatest of all time” bagi UFC.

Jones kemudian mengingatkan semua orang di luar bahawa, beliau mendominasi UFC selama sedekad. Termasuk kemenangan terbanyak dalam pertarungan perebutan kejuaraan iaitu sebanyak 14 kali. Jones juga menjadi pemenang terbanyak untuk bengkung kejuaraan heavyweight, dengan 14 kali.

Selain daripada menjadi petarung paling banyak mempertahankan kejuaraan dengan 11 kali serta menewaskan 6 orang penyandang juara sepanjang kariernya.

Jones tidak faham bagaimana Nurmagomedov yang hanya betarung 13 kali dalam UFC dan hanya mempertahankan kejuaraan kelas ringannya sebanyak 3 kali membuatkan petarung Dagestan itu dibandingkan dengannya.

“Conor McGregor adalah satu satunya lawan yang terkenal. Melambangkan dia sebagai terbaik sepanjang zaman, ini sangat kelakar.”

Jones kemudian mengingatkan peminat Khabib Nurmagomedov bahawa dia ada 15 kejuaraan berbanding dengan 4 dimiliki Nurmagomedov di dalam kariernya.

“Saya bercakap dengan kamu semua peminat Khabib di luar sana.”

“Lima belas gelaran dunia berbanding empat untuk petarung kamu, dan kamu benar-benar bercakap tentang siapa petarung terbaik yang pernah ada? Kamu semua bergurau, bukan?

“Lima belas berbalas empat. Korang bergurau ke?”

Ramai menuduh Jones sebagai sakit hati. Namun dia menafikan tuduhan itu.

Sementara itu Conor McGregor menyindir bahawa dia gembira meraikan ada dua nombor 1 untuk dirinya, berada di tangga kesebelas.

Baca yang lain