Spygate 2007: Skandal Paling Kontroversi Dalam F1, Kisah Pengintipan, Penipuan & Impian Rookie

Sukan Formula 1 merupakan salah satu sukan yang memiliki sejarah kontroversi yang sangat banyak. Sehinggakan satu ketika ramai yang menyampah dengannya.

Salah satu daripada skandal yang popular adalah skandal Spygate 2007, yang dianggap sebagai salah satu paling kontroversi dalam sejarah sukan dunia.

Musim 2007 dianggap musim yang sangat istimewa kerana ianya adalah era pertama pasca Michael Schumacher yang bersara. Bekas pemandu McLaren iaitu Kimi Raikkonen mengisi tempat Schumacher bersama dengan Ferrari.

Kimi Raikkonen menyertai Ferrari selepas secara terbuka menyatakan dia bosan dengan sikap McLaren yang membuatkannya kehilangan kejuaraan pada 2003 dan 2005.

Selepas menjuarai 2 kejuaraan bersama Renault, Fernando Alonso menjadi sandaran terbaru McLaren bersama rookie Lewis Hamilton.

Dari pra musim lagi pundit dan peminat merasakan musim itu adalah pertarungan antara  Ferrari v McLaren. Raikkonen dan Massa dengan Ferrari, Alonso and Hamilton dengan jentera McLaren.

Pada masa tu memang ramai minat F1. Sebab itulah sukan tersebut sangat meriah.

McLaren masih kemarau kejuaraan selepas kejuaraan terakhir mereka disumbang oleh Mika Hakkinen pada 1999. Namun pasukan mereka ternyata sangat bersedia dengan rapi kali ini.

Ferrari pula dalam situasi yang sukar dijelaskan. Selepas mendominasi F1 daripada 2000 sehingga 2004, mereka kehilangan spark pada 2005 walaupun pada musim itu Schumacher telah berusaha sebaiknya dalam musim terakhir bersama mereka.

Ferrari tidak ada jawapan kepada enjin Renault yang dipandu Alonso.

Hamilton memecut awal

Selepas 4 perlumbaan pertama di Australia, Malaysia, Bahrain dan Spain, persaingan 2 pasukan benar benar berlaku nampaknya. Pelumba baharu, Lewis Hamilton mengejutkan ramai pihak.

Ini adalah kedudukan mata selepas 4 perlumbaan itu:

1. Hamilton – 30

2. Alonso – 28

3. Massa – 27

4. Raikkonen – 22

McLaren kemudian mendominasi kedudukan 1-2 di Monaco dan kemenangan pertama Hamilton dalam siri di Montreal. McLaren mencatatkan satu lagi penamat 1-2 ketika perlumbaan di separuh musim.

Hamilton menjarakkan jurang mata daripada Alonso kepada 10 mata. Massa 19 mata di belakang rookie Inggeris itu. Pelumba pilihan selepas pra musim cemerlang, Kimi Raikkonen pula 26 mata di belakang Hamilton.

Namun begitu, menjelang siri Indianapolis, dunia tiba tiba dikejutkan dengan berita bahawa Ferrari membuat aduan rasmi ke atas ketua mekanik mereka ketika itu, Nigel Stepney. Ferrari ketika itu tidak menyatakan jenis aduan yang mereka lakukan. Namun media terus cuba mengorek cerita itu.

Ferrari dedahkan skandal Spygate

Selepas itu, heboh menyatakan bahawa aduan itu adalah merujuk kepada tuduhan oleh Ferrari ke atas Stepney yang menjual beberapa rahsia Ferrari yang digelar projek “dream team” yang menjadi tunjang kejayaan Ferrari pada lewat 90-an. Stepney kecewa dengan tuduhan itu dan menafikannya.

Insiden itu menjadi semakin panas. Ini kerana McLaren semakin hampir untuk melahirkan juara dunia menerusi pelumba rookie, Lewis Hamilton.

Dengan kejuaraan dunia semakin hampir hilang daripada genggaman mereka, Ferrari menuduh McLaren telah mencuri rahsia teknikal mereka.

Ferrari cuba melengahkan kejuaraan Hamilton dengan kejayaan 1-2, namun malangnya, Hamilton tetap berada di podium.

Ratusan ribu peminat Hamilton di England berharap pelumba itu akan menang di litar Silverstone. Namun beliau gagal melakukannya. Kimi Raikkonen memberikan salah satu aksi terbaik dalam kariernya dengan menewaskan Fernando Alonso dalam kemenangan kedua berturut turut.

Selepas perlumbaan itu, Hamilton masih 12 mata di hadapan.

2 Pemecatan

Di media massa, berita semakin panas, apabila Stepney secara rasminya dipecat Ferrari selepas mendapati mekanik mereka itu melakukan kecurangan.

Pada hari pengumuman pemecatan Stepney, Ferrari membuat kejutan dengan mengumumkan mereka akan mendapatkan keadilan di mahkamah ke atas seorang lagi jurutera di pasukan Vodafone McLaren-Mercedes iaitu Mike Coughlan. Coughlan kemudian dipecat oleh McLaren – seminggu kemudian.

Ferrari membawa kes itu ke Tribunal Modena dan mereka menuduh Stepney dan Coughlan berkomplot dalam pencurian dan pembocoran informasi sulit berkaitan teknikal pasukan.

Kejadian itu disebut sypygate oleh media. Ada juga menggunakan terma espionage / pengintipan.

Siasatan dijalankan

Seterusnya, kes itu disiasat di England dan waran dikeluarkan berkaitan dengan isu tersebut. Siasatan menyatakan mereka menjumpai dokumen milik kilang Ferrari di Maranello berada di kediaman Coughlan.

Namun McLaren dan Ron Dennis menjalankan siasatan dalaman dan korang dah tau la kan hasilnya. Mereka mengesahkan tiada sebarang harta intelek milik Ferrari diterima oleh mana mana pegawainya di dalam pasukan – atau disesuaikan dalam pembikinan kereta mereka.

McLaren mengakui terkejut dan menganggap ianya tuduhan tak berasas dan meminta campur tangan FIA  bagi menyiasat secara menyeluruh dan adil.

McLaren menegaskan mereka tidak melanggar sebarang undang undang FIA. Mereka menunjukkan dokumen yang ada pada mereka tentang pembangunan enjin MP4-22 mereka sejak April.

Mereka turut mengesahkan bahawa rekaan terbaru mereka itu tidak ada kaitan langsung dengan rekaan Ferrari di Maranello.

Ferrari bengang keputusan FIA

FIA melancarkan siasatan mereka selepas GP British. Menyiasat sama ada McLaren melakukan kesalahan pelanggaran Artikel 151C – Kod Sukan Antarabangsa. Pendengaran kes itu dilakukan pada 26 Julai.

Dan hasilnya, FIA mengesahkan McLaren ada menyimpan dokumen sulit Ferrari itu menerusi Stepney yang menyerahkannya kepada Coughlan. Ini bermakna mereka melanggar artikel 151C.

TETAPI………………..

FIA menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan bahawa butiran dalam dokumen itu digunakan oleh McLaren untuk membangunkan keretanya.

Ferrari sangat marah dengan kenyataan FIA dan menuduh keputusan di atas siasatan itu sebagai tidak masuk akal dan tak sejajar. Ferrari mengajukan rayuan dan mencabar keputusan itu. Kes dibawa ke Mahkamah Rayuan FIA  pada September 2007.

Ketika kemelut Spygate itu, perlumbaan di litar ketika itu terus menarik.

Di mana Raikkonen dan Hamilton  gagal menamatkan saingan di GP Eropah dalam cuaca buruk.

Alonso dan Massa bersaing untuk merebut kemenangan bersama sama dengan Mark Webber. Alonso menghampakan usaha Massa yang mahu memenangi perlumbaan tersebut untuk kali ketiga berturut turut. Dan kini Massa berada 11 mata di belakang Hamilton, Raikkonen pula 18 mata di belakang pendahulu.

Ron Dennis spin insiden skandal kepada pendedahan

Sementara menunggu siasatan itu, McLaren menerusi Ron Dennis membuat satu lagi kenyataan mengejutkan dunia.

Di mana dia mengirim kenyataan menerusi surat kepada presiden Badan Permotoran Itali iaitu Luigi Macaluso.

Ron Dennis menuduh kereta Ferrari F2007 yang dipandu dalam kemenangan pada pembukaan musim adalah kereta tidak sah.

Mereka mendakwa mendapat informasi itu daripada, tak lain tak bukan, Stephney. Ketika Ferrari melabel skandal itu sebagai pengintipan /spygate / espionage, Nigel Stepney dan McLaren pula menganggap kes itu adalah pendedahan kebenaran atas salah laku Ferrari ataupun whistle-blowing.

Kenyataan panas itu menjadi topik hangat menjelang GP Hungary. Dengan persaingan kejuaraan menjadi semakin sengit. Kini ianya tertumpu kepada Fernando Alonso dan Lewis Hamilton.

Paling menarik dalam saingan itu Alonso dilaporkan meminta McLaren untuk mengarahkan Hamilton mengalah dengan alasan kehabisan minyak. Alonso mengugut dia akan mendedahkan tentang skandal spaygate itu jika McLaren tidak menuruti kehendaknya, dalam usahanya menjadi juara dunia kali ketiga. Dan mengelakkan diri daripada tewas di tangan rookie – yang juga rakan sepasukannya.

Permintaan Alonso itu ditolak. Ini kerana Ron Dennis ketika itu tidak mahu mengundang satu lagi masalah di kala dunia kini tertumpu kepada skandal spygate.

Impian rookie terus menyala

Lewis Hamilton menjadi juara GP Hungary. Kimi Raikkonen di tangga kedua dan Alonso di tangga keempat.

Tiga minggu kemudian, di GP Turki, dengan Felipe Massa memenangi perlumbaan kedua berturut-turut di Istanbul Park. Raikkonen, membuatkan Ferrari menamatkan persaingan 1-2, kemudian menyatakan “Membosankan duduk di belakang kereta lain, anda tidak boleh memintas dalam F1 hari ini”.

Walaupun podium dari Alonso sekali lagi menutup jurang, kali ini hanya lima mata. Ianya tiba tiba memberikan harapan kepada Ferrari sekali lagi.

FIA temui bukti baru

Pada 5 September 2007, FIA mengumumkan telah menerima bukti baru mengenai kes tersebut, dan akan membuka kembali penyiasatan pada 13 September.

Ini menggantikan keputusan sesi rayuan terdahulu. Ia kemudian membuktikan bahawa bukti baru itu adalah e-mel pemandu yang dihantar kepada Bernie Ecclestone, pemegang hak komersial F1 yang kemudian memberitahu FIA.

FIA meminta ketiga-tiga pemandu McLaren (Alonso, Hamilton, dan De la Rosa) untuk memberikan bukti yang relevan dan membantu FIA dalam siasatan lanjut.

Sebagai gantinya, FIA memberikan jaminan bahawa setiap maklumat yang tersedia tidak akan mengakibatkan tindakan terhadap pemandu secara peribadi di bawah International Sporting Code atau Formula One Regulations.

Walaubagaimanapun, pemandu diberitahu bahawa jika pemandu tidak memberikan maklumat yang mereka tahu dan berpotensi relevan, akibat yang serius diterima oleh mereka.

Keadaan menjadi lebih menarik apabila 4 hari selepas pengumuman itu, McLaren menamatkan saingan 1-2. Di mana? Di ‘halaman sendiri’ Ferrari iaitu di GP Itali.

Alonso merapatkan kedudukan kepada 3 mata daripada Hamilton. Massa kelihatan sudah pasti kehilangan peluang kejuaraan selepas masalah suspension.

Dengan baki 4 perlumbaan lagi, Raikkonen kini berada 18 mata di belakang, Hamilton. Masih ada harapan namun Hamilton kelihatan sangat konsisten dan bebas tekanan berbanding yang lain.

McLaren mengadu pasal pasukan lain

Dua hari sebelum keputusan tentang siasatan diumumkan, McLaren sekali lagi membuat kenyataan media mengejutkan dunia. Mereka kali ini menuduh Renault pernah melakukan perkara yang sama kepada mereka.

McLaren kemudian mencabar FIA, jika mereka dihukum kali ini, maka mereka mahu Renault juga dihukum.

Namun FIA sudah membuat keputusan. Penghakiman pada 13 September 2007, mendapati McLaren-Mercedes bersalah kerana mengumpul data secara haram dan menyimpan informasi rahsia dari Ferrari. Perbuatan mereka dianggap tidak jujur dan satu penipuan.

McLaren bersalah!

McLaren-Mercedes dikenakan hukuman berat. Mereka akan dikeluarkan daripada carta persaingan kelas pengeluar. Kemudian, tidak layak menerima sebarang hadiah kemenangan untuk musim tersebut.

Paling berat adalah hukuman denda $100,000,000 – yang menjadi salah satu denda paling besara dalam sejarah sukan dunia.

McLaren diwajibkan menghantar casis mereka untuk musim 2008 kepada FIA. Keputusan itu juga mengesahkan bahawa Ferrari menjadi juara kategori pengeluar pada musim itu.

Fernando Alonso and Lewis Hamilton (dan Pedro De La Rosa) terlepas daripada sebarang hukuman. Bermakna dua pelumba utama McLaren masih dalam landasan persaingan untuk kategori pelumba.

Impak kepada kejuaraan

Verdict itu memberikan impak kepada mentaliti pasukan McLaren. Di mana di dalam perlumbaan berikutnya, Kimi Raikkonen dan Felipe Massa mendominasi 1-2.

Hasrat kejuaraan Alonso selaku pelumba utama semakin sirna, apabila sekarang beliau 17 mata di belakang Hamilton.

Pada GP Shanghai 2007, ia adalah perlumbaan penentu musim tersebut. Di mana Lewis Hamilton berpeluang untuk bergelar juara dunia. Juga sebagai rookie pertama menjadi juara selepas Giuseppe ‘Nino’ Farina pada 1950.

Namun pada pusingan ke-30, Hamilton tersasar dan DNF (gagal tamatkan perlumbaan). Kesannya, Raikkonen memenangi perlumbaan keempat beliau musim itu.

Hamilton masih 4 mata di atas Alonso. Raikkonen merapatkan jurang mata beliau kepada beza hanya 7 mata daripada Hamilton.

Hamilton perlu awasi Alonso, Raikkonen ada harapan

Menjelang perlumbaan Interlagos, Hamilton tidak perlu memenangi perlumbaan untuk bergelar juara. Hanya perlu berada berdekatan pesaing utama – yang juga rakan sepasukannya – Fernando Alonso.

Raikkonen kini hanya perlu fokus dan cuba mengintai sebarang kesempatan yang ada padanya. Harapan itu tiba tiba menyala selepas prestasi cemerlang beliau dalam beberapa perlumbaan terakhir.

Pada pusingan ketiga Alonso mengalami masalah kotak gear. Agak misteri kerana tiba tiba ia ok sendiri. Ferrari beraksi cemerlang sejak dari awal. Impian kejuaraan Hamilton tiba tiba semakin terancam apabila beliau turun ke tangga kelapan hanya pada pusingan petama di selekoh keempat.

Hamilton memintas Trulli pada pusingan kedua dan memintas Heidfeld pada pusingan keenam untuk berada di tangga keenam. Namun selepas itu Hamilton mengalami masalah dengan transmisi.

Impian sang rookie berakhir!

Hamilton satu ketika berada di tangga ke-18. Namun pada akhirnya dia menamatkan persaingan di tangga ketujuh. Impian kejuaraan sang rookie (ketika itu) berakhir!

Fernando Alonso gagal memanfaatkan peluangnya menjadi juara dunia. Sebaliknya Kimi Raikkonen memenangi perlumbaan dengan Felipe Massa seolah olah sengaja melakukan kesilapan untuk membolehkan rakannya itu memenangi kejuaraan dunia pertama dalam kariernya.

Musim itu McLaren kalah teruk di garisan penamat. Dengan saman dan hukuman ke atas mereka. Diburukkan lagi dengan kegagalan pelumba mereka juara pada musim itu – tewas di tangan bekas pelumba mereka selama 4 musim iaitu Kimi Raikkonen.

Musim 2007 berakhir dengan sangat dramatik. Ia kekal menjadi salah satu musim paling menarik dan paling sensasi serta panas dalam kalendar F1.

Lewis Hamilton kemudian membangun sebagai juara yang sukar dicabar di litar F1.

Baca yang lain