Netizen Kagum Semangat Kesukanan Rossi Terus Alu Alukan Mir Ke Dalam Kelab Juara Dunia

Pelumba veteran yang juga juara dunia 9 kali, Valentino Rossi, dilihat bergambar berssama Joan Mir sebaik sahaja pelumba Sepanyol itu bergelar juara dunia yang baharu.

Aksi mesra Rossi dan Mir dimuat naik dalam twitter rasmi MotoGP dengan kapsyen menyatakan bahawa The Doctor baru sahaja menyambut kedatangan Jaon Mir ke dalam kelab juara dunia MotoGP yang eksklusif.

Semangat kesukanan Rossi itu dipuji oleh netizen yang menganggap pelumba veteran itu terus menjadi teladan yang baik terutama sekali musim ini.

Rossi musim ini banyak sekali memberikan motivasi kepada pelumba muda walaupun tidak sama pasukan dengannya.

Rossi malah menangkis perlecehan sesetengah pihak menyatakan Joan Mir mungkin harus berasa malu jika menjadi jaura musim ini dengan rekod kemenangan siri paling sedikit.

Rossi menegaskan Joan Mir selayaknya menjadi juara walau apa sekalipun, dan beliau wajar dihormati. Itu yang diberitahu Rossi sebelum perlumbaan GP Valencia.

Mir, yang baru sahaja beraksi di kelas perdana MotoGP bagi musim kedua terus menunjukkan keupayaan sebenarnya dengan bergelar juara dunia.

Walaupun dia hanya memenangi gelaran siri GP sekali, Mir dicatat sebagai pelumba paling konsisten pada musim perlumbaan MotoGP 2020.

Setakat ini Mir sudah berada di podium sebanyak 7 kali. Mir juga berjaya merangkul gelaran pada siri ke-13.

Dengan satu perlumbaan sahaja yang tinggal, Mir, yang berada di kedudukan 29 mata di hadapan pesaing terdekatnya, sudah sah bergelar juara dunia.

Sementara itu, Rossi mengalami nasib buruk pada musim ke-21 di kelas utama. Pelumba veteran itu hanya menduduki tempat ke-15 dengan 62 mata. Rossi gagal menamatkan perlumbaan sebanyak lima kali musim ini.

Rossi juga masih gagal untuk menaiki podium buat kali ke-200 di dalam kariernya. Masih ada perlumbaan terakhir untuk beliau berbuat demikian dengan Monster Energy Yamaha, yang sinonim dengannya, kerana musim hadapan beliau akan beralih ke pasukan satelit SRT.

Ada juga peminat berkongsi gambar menarik di mana satu ketika dahulu Joan Mir bergambar dengan Rossi sebagai seorang peminat. Dan hari ini bergambar dengan Rossi sebagai ahli kelab juara  MotoGP.

Mir Juara Dunia baharu

Joan Mir akhirnya memuktamadkan kejuaraan MotoGP musim ini kelas premium sebagai miliknya.

Mir adalah juara baharu pertama MotoGP sejak Marc Marquez pada tahun 2016. Hanya Mir dan Lorenzo sahaja yang berada dalam senarai juara selain Marc Marquez dari 2013 – 2020.

Lebih manis apabila Joan Mir menjadi pelumba pertama memenangi gelaran Moto3 dan MotoGP, selepas menamatkan GP Valencia di tempat ketujuh.

“Sukar dipercayai, saya tidak dapat gambarkan dengan kata-kata. Ini apa yang saya usahakan sepanjang hidup saya,” kata Mir.

Kali terakhir pelumba Suzuki memenangi kejuaraan dunia ialah pada tahun 2000 menerusi Kenny Roberts Jr.

Mir adalah adalah pelumba keenam dalam sejarah Suzuki memenangi kejuaraan dunia MotoGP. Mir mencapai kejuaraan ini hanya pada musim keduanya di MotoGP.

Dan kini Mir sebaris dengan nama legenda lain seperti Doohan, Rossi dan Marquez bergelar juara dunia di kelas premium.

Baca yang lain