Undertaker Sangat Impikan Untuk Bertarung Dengan Penggusti Terhebat WWE Miliki Sekarang

Mark Calaway atau lebih dikenali sebagai The Undertaker sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula pada PPV Survivor Series nanti untuk meraikan persaraan beliau.

30 tahun selepas melakukan debutnya sebagai salah seorang penggusti berwatak seram, Undertaker akhirnya bakal bersara secara rasmi.

Selain membawa watak seram, Undertaker juga pernah membawa pelbagai watak dalam WWE.

Dalam tempoh tiga dekad itu, Undertaker telah menjadi salah seorang penggusti professional yang paling disegani dan dikagumi.

Jadi tidak hairanlah mengapa WWE menyediakan acara perpisahan yang gilang gemilang untuk meraikan persaraannya.

Sehingga kini, masih belum pasti apa yang akan dilakukan oleh The Phenom itu di acara Survivor Series nanti, pelbagai andaian telah dibuat oleh para peminat berkait isu tersebut.

Mungkinkah Undertaker akan membuat kemunculan hanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada WWE universe, atau mungkin juga akan ada bintang yang bertuah bakal terlibat dalam perlawanan perpisahannya.

Apa yang pasti, ramai peminat tidak sabar menanti detik tersebut tiba. Walau sedih dengan persaraannya, namun pastinya ramai yang berharap Undertaker akan mengakhiri kariernya dengan cara yang selayaknya beliau terima.

Namun, menjelang acara tersebut, Calaway telah membuat kemunculan dalam satu sidang media untuk menaikkan lagi keterujaan peminat berkait majlis persaraannya.

Dalam temu bual tersebut, Mark Callaway telah memberi sepatah dua kata berkait bintang WWE yang sedang meningkat naik kini, Bray Wyatt.

Bray Wyatt kini membawa watak sebagai ‘the fiend’ yang mana watak tersebut merupakan karakter terhebat dalam WWE sekarang.

“Ketika kamu melihat orang luar menulis tentang kamu, kadang kala mereka agak sedikit terlebih dan kamu seperti, ‘ok, mari lakukan itu.”

Jelas Undertaker kepada The New York Post.

“Saya harap dia benar-benar memberikan segalanya untuk apa dia miliki sekarang, saya harap dia akan katakan tidak ketika dia perlu mengatakan tidak, dan saya harap dia melakukan apa saja yang terbaik untuk karakternya kerana ianya merupakan karakter terhebat yang WWE miliki sekarang.”

The Deadman kemudian turut menjelaskan bahawa beliau sangat berharap dirinya mempunyai sedikit lagi tenaga tambahan untuk bertemu ‘the fiend’ selepas sebelum ini beliau pernah bertarung dengan Wyatt di acara WrestleMania 31 pada tahun 2015 lalu.

“Kami tentunya akan berjaya melakukan sesuatu yang istimewa bersama”

Sambung Undertaker lagi.

“Terutama sekali ketika saya bekerja dengan Bray sebaik kekalahan saya kepada Brock Lesner pada tahun itu. Saya fikir ianya akan jadi pemangkin yang baik untuk perkembangan kariernya.”

Mungkinkah Undertaker akan menamatkan karier beliau dengan bertarung dengan ‘the fiend’ di acara Survivor Series nanti?

Seandainya benar, ianya pasti sesuatu yang sangat menggembirakan para peminat dan tentunya apa saja keputusan perlawanan tersebut, ianya akan menjadi sesuatu yang baik untuk karakter ‘the fiend’.

Baca yang lain