[VIDEO] Lihat Momen Keane Menganjing Neville Secara ‘Live’ Tentang Polisi ‘Rotation’ Era Alex Ferguson

Roy Keane dan Micah Richards bergandingan sekali lagi dalam ulasan perlawanan. Dan kali ini mereka disertai Gary Neville untuk mengulas derbi Manchester.

Keane dan Richards antara pasangan pundit yang paling ideal sekarang ni. Keane jenis emo dan Micah Richards pulak jenis kuat membahan dia.

Dan semalam, Keane telah memberikan satu momen savage kepada Gary Neville gara gara Neville mencelah hujahnya tentang polisi penggiliran pemain.

Keane ni dia bergurau atau serius pun ganas je stail dia.

Selepas mengkritik pemain pemain Man United dan City saling berpelukan pada akhir perlawanan, Keane kemudian menegaskan bahawa Solskjaer dalam situasi yang sangat sukar dalam membentuk pasukan.

“Jika kamu muncul setiap minggu dan berfikir, aku tak pasti apa yang aku akan dapat daripada pemain pemain ini, bermakna hari sukar menanti kamu di hadapan.”

“Jika kita dapat bercakap secara peribadi dengan Ole [Gunnar Solskjaer] dia akan cakap benda yang sama.”

“Dia akan kata ‘saya sebenarnya tak yakin dengan kumpulan pemain ini, sebab tu saya terpaksa tukar dan ‘potong’ [keluarkan] nama mereka sepanjang masa.”

Seterusnya Roy Keane yakin bahawa pasukan yang baik harus ada kesebelasan utama yang tetap dan hanya melakukan pertukaran jika pemain cedera atau digantung, ataupun mahu memberikan rehat.

Keane menyambung:

“Jika dia percayakan pemain pemain dia maka dia akan menggunakan kesebelasan yang sama setiap minggu.”

“Saya selalu berkata bahawa, apabila kamu berada di dalam pasukan besar, pemain yang akan menentukan pasukan. Kamu berlatih setiap minggu dan membuatkan pengurus berkata ‘saya harus pilih dia’.”

Keane kemudian dengan nakalnya telah memberikan contoh bahawa Gary Neville antara mangsa kepada sistem rotation di bawah Sir Alex Ferguson.

Neville antara pemain yang sering digilirkan Sir Alex Ferguson.

“Itu adalah mindset saya ketika bermain untuk kelab. Penggiliran skuad dan semua yang seumpamanya adalah bagus, ‘tetapi kamu tak boleh gilirkan saya’. Saya harus bermai dan berharap saya dapat memberikan sesuatu kepada pasukan.”

“Pergi potong dan tukar nama pemain lain, Gary [Neville] atau seorang dua lagi pemain lain, tetapi jangan babitkan saya.”

Neville kemudian mencelah: “Tapi saya bek kanan paling boleh harap masa tu”

Keane terus memotong: “Dah kau satu satunya yang kelab ada masa tu. Jadi kami pun ‘stuck’ dengan kamu.”

Keane merujuk kepada bahawa, Alex Ferguson tak ada pilihan banyak sangat. Micah Richards terus tergelak dan Gary Neville pun sama.

Saksikan detik kelakar itu di sini:

Baca yang lain