Statistik: Ronaldo Adalah Raja Penalti, Messi Paling Tajam Tanpa Penalti

Lionel Messi mengalahkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain paling banyak gol tanpa penalti. Sementara itu Cristiano Ronaldo pulak kini bergelar raja penalti di Eropah berdasarkan jumlah gol beliau menerusi penalti tersebut.

Seorang statistician dengan nama Pek-Man mengumpul data gol penalti dan ratio gol tanpa penalti melibatkan pemain pemain yang masih aktif beraksi di liga utama Eropah.

Di mana beliau mengira kesemua gol liga yang dijaringkan oleh pemain dalam lima liga teratas Eropah. Ia melibatkan pemain pemain yang menjaringkan 100 gol dan ke atas.

Dia juga mengira jumlah ratio ketepatan gol tanpa penalti untuk setiap perlawanan yang dibuat oleh setiap pemain.

Ronaldo paling banyak gol liga

Hasilnya,  Cristiano Ronaldo ketika ini menjadi penjaring gol liga terbanyak dan diikuti Lionel Messi.

Ronaldo menjaringkan 459 gol dalam 3 liga utama Eropah (Serie A, La Liga, EPL). Manakala Messi menjaringkan 451 gol dalam aksi La Liga.

Messi paling tajam dari open play

Messi tetap mempunyai nisbah gol tanpa penalti terbaik untuk setiap perlawanan berbandingg pemain lain dalam senarai  dengan nilai 0.875. Jadi, angka itu menjadikan Messi pemain paling tajam tanpa gol penalti.

Hanya 59 gol daripada 451 gol Messi adalah menerusi penalti.  Berdasarkan jumlah itu Messi berada di tangga kedua dalam carta jumlah gol dari penalti,  jauh di belakang Ronaldo (93).

Rekod gol tanpa penalti Messi mengatasi Robert Lewandowski (0.756) dan Luis Suarez (0.730) yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Cristiano Ronaldo berada di tempat keempat dalam senarai dengan nisbah 0.715 gol tanpa penalti setiap perlawanan.

Selaan itu untuk rekod gol tanpa penalti, di tempat kelima hingga kesepuluh masing-masing diisi oleh Harry Kane (0.633), Sergio Aguero (0.623), Edinson Cavani (0.605), Zlatan Ibrahimovic (0.605), Mohamed Salah (0.594), dan Edin Dzeko (0.594).

CR7 Sang Raja Penalti

Ronaldo merupakan pemain paling banyak menjaringkan penalti berbanding pemain lain dengan 93 gol daripada gol keseluruhan beliau dalam Liga Perdana, La Liga dan Serie A adalah dari penalti.

Hanya 7 gol penalti sahaja lagi membezakan CR7 dengan gol liga menerusi penalti ke-100.

Ternyata CR7 benar benar boleh harap untuk tugasan yang menjadi salah satu kepakarannya.

Berikut adalah senarai pemain dengan gol bukan penalti terbaik dalam lima liga teratas Eropah berdasarkan statistik Pek-Man:

Baca yang lain