Detik Maywether Selamba Akui Ada 7 Teman Wanita, 25 Kereta Mewah, Wang Lebih RM2 Billion

Floyd Mayweather tidak perlu berahsia dengan teman-teman wanita beliau apabila dengan terbuka mendedahkan beliau ada 7 orang teman wanita.

Pada 2017, Mayweather membuat kenyataan itu dalam temu ramah santai di kelab dewasa di Las Vegas dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di Youtube bertajuk Awkward Puppets.

Mayweather juga memberitahu yang dia terlalu banyak duit disimpan di dalam akaun yang berbeza. Bulan lalu sahaja – sebelum temu ramah itu, Mayweather mendapat sekurang-kurangnya $165 juta ataupu RM694 juta daripada pertarungan dengan McGregor.

“Pertarungan terakhir saya tempoh hari memang untuk buat duit. Pertarungan seterusnya mereka mungkin akan cuba mengatur pertarungan saya menentang makhluk asing.”

“Berapa ramai teman wanita yang saya ada? Saya ada 7 orang. 7 wanita bertuah. Kami pergi keluar makan, terbang bersama-sama. Kalau cuma ada seorang teman wanita ia ibarat hampir tidak ada teman wanita.”

Ditanya sama ada beliau ada tips untuk lelaki yang sudah berkahwin seperti Awkward Puppet, Mayweather menjawab:

“Bercerailah!(Get f***ing divorced).”

“Bawa isteri awak ke sini dan beritahu dia ini tempat paling anda suka lawati. Nanti anda akan dapatlah penceraian itu.”

Antara wanita yang dikaitkan dengan Mayweather ialah Rmarni Ellis. Rmarni terbang ke USA untuk bertemu dengan Mayweather kerana Mayweather menyatakan dia minat kepadanya.

Seterusnya, wanita bernama Yahaira Vianne Ochoa juga dalam senarai teman wanita beliau:

Bintang realiti TV, Abi Clark juga wanita Mayweather.

Mayweather mendedahkan jumlah duit yang beliau dapat sepanjang karier tinju beliau yang menang kesemua 50 pertarungan.

“Semuanya ada $US200 juta (RM841 juta), $300 juta (RM1.3 billion)… oh ya, Ianya di akaun berbeza.”

Ada berapa kereta yang Mayweahter ada?

“25!”

Mayweather memang seorang pengumpul kereta mewah termasuk Ferrari 488 bernilai  £238,000. Yang paling murah di garaj beliau ketika ini adalah Mercedes-Maybach yang hanya bernilai £172,000.

Pada 2017, Mayweather pernah memberikan hadiah Krismas kepada anak daranya, Ivanna berupa sebuah kereta Merceceds G63 yang bernilai sekitar RM750,000.

Anaknya yang teruja terus memuat naik gambar kereta itu dengan kegembiraan di Instagram miliknya.

Siapa tak gembira dapat hadiah kereta wei. Dapat Kancil pun dah suka, inikan pula Mercedes.

Ivanna mengesahkan itu adalah hadiah sempena Hari Natal oleh ayahnya yang merupakan petinju popular.

Ivanna menulis di IG: “Omg, omg, omg! Terima kasih ayah.”

Ivanna merupakan anak sulung Mayweather daripada 4 orang anak yang beliau ada. Kakak kepada Zion, Koraun dan Jirah.

Dan kesemua anaknya telah menerima hadiah kereta sport yang mahal – mahal daripada ayah mereka sebelum ini.

Zion pernah menerima Mercedes C Class Coupe bernilai  £31,000 sempena harijadinya ke-16 pada 2017 lalu.

Mayweather masih nak bertarung termasuk menentang Pacman

Mayweather sebenarnya masih mendapatkan wang daripada acara tinju namun daripada acara pertunjukkan. Floyd Mayweather juga bersetuju untuk menyahut cabaran Manny Pacquiao bagi perlawanan ulangan.

Sebelum ini beberapa kali Pac-Man mencabar Mayweather untuk bertarung semula, namun tidak dilayan oleh Mayweather. Pacquiao sangat benci dengan Mayweather selepas kemenangan kontroversi petinju itu ke atas beliau.

Di mana dalam pertarungan itu, Mayweather yang lebih banyak melarikan diri di dalam ring, namun bagaimana juri boleh memberikan kemenangan kepada Floyd Mayweather?

Floyd Mayweather dalam kenyataannya menyatakan beliau dan pasukannya sedang berusaha dan mempersiapkan diri untuk pertarungan exhibition (pertunjukan) dengan Manny Pacquiao.

Mayweather mengumumkan pertarungan itu diadakan di Tokyo:

Money May, Money May, Money May — Money May all day, Betrk.com, itu adalah pasukan saya di Jepun. TMT Tokyo, dan sudah tentunya, saya Floyd ‘Money’ Mayweather.”

“Apa yang saya sedang usahakan ketika ini adalah pertarungan pertunjukan Mayweather-Pacquiao, di sini, di Tokyo Jepun, teruskan bersama kami.”

Manny Pacquiao tidak gembira dengan cabaran oleh Mayweather itu yang hanya mahukan perlawanan pertunjukan.

Ia seolah-olah Mayweather mahu menjaga rekod 50-0-0 beliau di arena tinju. Mayweather yang sudah bersara dari tinju profesional.

Mayweather pernah keluar daripada persaraannya, hanya untuk bertemu dengan Conor McGregor. Dan selepas itu bersara sekali lagi.

Jadi, kenapa tidak beliau keluar daripada persaraannya untuk berhadapan dengan Manny Pacquiao?

Mayweahter udah beberapa kali mengadakan perlawanan pertunjukan yang memberikan pulangan sangat lumayan.

Beberapa minggu lalu, beliau berhadapan dengan seorang petinju Jepun yang tidak dikenali, Mayweather menang dalam masa 139 saat.

Kemenangan itu memberikan beliau pulangan wang yang sangat besar iaitu sekitar $9  juta. Ramai yang merasakan pertarungan itu sudah dirancang (scripted/staged) dan bukannya nyata.

Beberapa jam selepas video yang dimuat naik oleh Mayweather di Instagram, Pacquiao membalas: “Kenapa hanya perlawanan pertunjukan? Ayuh kita adakan pertarungan sebenar.”

Pacquiao merasakan Mayweather takut rekod tanpa kalahnya calar.

Salah seorang rakan Pacquiao iaitu, David Sisson menegaskan, Mayweather sekali lagi menggunakan nama Pac-Man hanya untuk kepentingan dirinya. Bagi mempromosikan acara pertunjukan beliau, dengan menarik perhatian media antarabangsa.

Sebelum ini Mayweather pernah mengiktiraf dirinya sebagai pentinju paling agung dalam sejarah. Kenyataan yang mengundang amarah oleh Mike Tyson.

Tyson tidak setuju, kerana menurut Tyson, Mayweather tidak akan sesekali pernah menjadi lebih hebat daripada Muhammad Ali.

Korang boleh saksikan rakaman perbualan Mayweather di sini:

 

Baca yang lain