Analisis Taktikal JDT vs Selangor: Arif Aiman Ancaman Dari Wide, Selangor Perbaiki Counter Attack Separuh Masa Kedua

JDT dan Selangor memulakan perlawanan dengan agak seimbang. Di mana Selangor berjaya mengimbangi dominasi JDT di bahagian tengah.

Selangor turut berjaya mencetak gol pertama menerusi Ifedayo yang dilihat terlalu mudah melakukan kawanal di ‘bahu’ [kedudukan offside line] pertahanan lawan, dan kemudian menewaskan Farizal Marlias.

JDT membalas, juga kerana ruang yang diberikan. Kali ini lebih besar daripada Ifedayo. Bergson melakukan rembatan deras bak peluru.

 

Tempo Selangor mengendur

Namun dalam 15 atau 20 minit terakhir separuh masa pertama, tempo Selangor mengendur. Isu stamina dan kecergasan mungkin memainkan peranan dalam perkara ini.

Ketika ini mereka membiarkan JDT memiliki bola dengan sangat banyak. Selangor hanya menyerap asakan di bawah dan kemudian melakukan beberapa siri hantaran panjang yang tiada arah tuju.

Ianya pendekatan kurang cerdik. Memang banyak pasukan serap asakan pasukan yang lebih kuat di bawah, namun kena ada serangan balas yang tajam. Selangor tidak melakukannya dalam fasa ini. Yang ada hanyalah siri mengeluarkan bola sahaja.

JDT berdepan isu cengkaman di tengah dan kreativiti

Dalam aksi berdepan dengan Kedah sebelum ini, JDT berdepan dengan masalah untuk menguatkan cengkaman di tengah.

Corak permainan JDT sangat bergantung kepada animasi di central area itu. Pada awal perlawanan mereka diganggu oleh permainan agresif Selangor. Namun ketika Selangor mengendurkan tempo, JDT memiliki penguasaan bola tinggi di tengah, namun mereka tidak cukup tajam untuk merancana gerakan dari situ.

Natxo Insa bermain baik dalam perlawanan ini, tetapi secara unit, midfielder 3 JDT tidak fluid dan tidak banyak permainan kombinasi.

Seperti aksi pertama menentang Kedah, Safiq Rahim dibawa masuk untuk memperbaiki link yang tak cukup ‘JDT’ ini. Malagnya pertukaran itu terlalu lewat.

JDT Segara ke bahagian sayap kerana mereka tidak mendapat tempo mereka mahukan di tengah. Organisasi tengah Selangor juga awalnya sangat reaktif.

Dari segi kreativiti, mereka hilang spark di final third. JDT bermain agak direct dalam perlawanan ini. Mereka kurang permainan kombinasi seperti yang mereka selalu lakukan.

Cabrera biasanya menjadi playmaker penting mereka dari wide area. Namun hari ini ternyata bukan hari yang baik untuk beliau, termasuk terlepas peluang menjaringkan gol menerusi penalti.

Tak hairan beliau dikeluarkan kerana Mora mahukan lebih daripada posisi itu.

Seterusnya, Leandro secara individu dia melakukan beberapa percubaan gol, namun secara unit dia isolated dengan unit lain.

Serangan balas Selangor separuh masa kedua vs high line JDT

Selepas keluar dari bilik persalinan, jelas sekali jurulatih Selangor sedar, mereka bermain seperti headless chicken pada fasa akhir separuh masa pertama – ketika serangan balas.

Selangor kemudian lebih tenang dan lebih berani untuk melarikan bola. Kredit kepada pemai  pemain muda mereka yang menunjukkan keyakinan berdepan dengan bintang JDT.

Separuh masa kedua, Selangor mencipta beberapa siri serangan balas yang sebenarnya ‘seharusnya gol’. Tapi mereka dihampakan penyudah. Ifedayo dan rakan rakannya tidak cukup tajam di hadapan gol. Balik ke pusat latihan, perbaiki shooting tu!

Selangor sebenarnya ada peluang besar untuk mengejutkan JDT. 2 penalti lawan tak masuk, kemudian mereka ada 2 atau 3 situasi nak dapat gol pada kadar peratusan tinggi. Tapi tak disudahkan.

Secara taktikal memang serangan balas mereka diperbaiki. Namun apabila sampai ke fasa percubaan depan gol, itu takkan nak salahkan jurulatih pulak kan.

High line JDT kali ini beberapa kali ditewaskan. Gol pertama Selangor pun dari situasi High line mereka yang gagal melakukan perangkap ofsaid.

Dan Selangor beberapa kali mempunyai peluang menerusi serangan balas yang secara terus menewaskan high line. Tapi, selain isu penyudah, Selangor juga bergelut dengan beberapa sentuhan lemah ketika serangan yang membuatkan JDT sempat untuk recover dan reshape.

Prestasi Arif Aiman dan Khairul Azhan

2 pemain ini sebenarnya berada dalam prestasi terbaik. Khairul Azhan melakukan banyak sekali penyelamatan dalam perlawanan ini termasuk 1 penalty save.

Jadi berhak untuk mereka berada dalam satu kolum khas.

Arif Aiman sekali lagi membuktikan, dia sudah mampu menggalas tugasan pasukan utama walaupun tugasnya mengisi kekosongan Pawi sekalipun. Dia bermain baik dengan Matt Davies di wide area. Cepat melakukan ancaman ke dalam.

Arif memenangi 2 penalti dalam perlawanan ini. Harus diakui 2 tackles itu sangat teruk dilakukan pemain pemain muda Selangor. Ianya tackle yang tak perlu.

Arif menjadi masalah kepada Selangor ketika dia ada bola dan juga tanpa bola.

Selain daripada dua nama ini, nama Jordan Ayimbila juga menyerlah.

Rumusan

JDT hampir dikejutkan Selangor dalam perlawanan ini. Selangor pula gagal menunjukkan mereka pasukan yang sangat opportunist depan gol.

Ini mungkin momen terbaik dalam beberapa musim ini, yang gagal dimanfaatkan Selangor untuk menang ke atas JDT.

JDT jelas sekali ada isu dengan tempo di tengah. Tapi ianya bukanlah terlalu teruk. Cuma memberikan impak besar kepada variasi permainan mereka. Di serangan, mereka agak lebih direct dalam perlawanan ini. Tapi mengambil kira set serangan mereka adalah gandingan baru, so kasi chance la.

Dari segi penyudah kedua dua pasukan ada isu dengan penyudah. Dua penalti miss dari JDT dah cukup ceritakan masalah sebelah JDT. Dan Selangor bersepah penyudah lemah mereka buat pada situasi peluang terbaik.

Baca yang lain