Netizen Puji Ketenangan Caprice Debat Dengan Perempuan, Zionis Pula Tu, Koyak Dan Salahkan Peta

Caprice telah berdebat dengan dua orang perempuan zionis menerusi platform media sosial beliau. Power bukan.

10 lelaki pun belum pasti berani nak berdebat dengan seorang perempuan. Ditambah pula daripada zionis. Dua orang pulak tu.

Seperti dijangka, nak bertekak dengan perempuan zionis memang takkan menang. Dan setiap kali Caprice cuba berhujah, setiap kali tu juga dia kena sailang.

Misalnya, ketika Caprice menyatakan bahawa media sedang memanipulasi otak kamu, namun kamu tak sedar….”

Tak habis cakap terus perempuan tu pangkah: “Media kitorang ni dah terlalu berlembut.”

Ramai yang memuji kesabaran caprice berhadapan dengan dua perempuan tersebut.

Ketika Caprice bertanya: “Apa yang kamu akan buat jika seseorang mengetuk pintuk rumah kamu dan menyuruh kamu berambus dari rumah kami.”

Perempuan bernama Orin tersebut tidak mahu menjawab.

Dilla pula mempertahankan bahawa Gaza adalah milik Israel sambil berkata, mereka tidak salah apa apa untuk cuba mengambil semula tanah mereka.

Madam Suezy mengagumi ketenangan Caprice berhadapan dengan dua orang wanita yang delusional.

Mira Sham menyifatkan sesi tersebut menjadi sia sia: “Keseluruhan perbincangan ini sia sia. Saya berhenti menontonnya selepas 5 minit. Apabila ditanya, kenapa askar ISR menyerang Muslim ketika bersolat di masjid Al Aqsa, oleh pula dia cakap, Muslim yang serang mereka dulu.”

“Ketika Caprice menunjukkan dia peta, dia siap cakap, peta tu tak betul.”

Sepanjang sesi tersebut Caprice berterusan disailang. Dan sudah menjadi seperti sesi ceramah mereka pulak.

Caprice merupakan selebriti yang lantang bersuara dan bersolidariti demi Palestin. Tapi Mawar Rashid tak cadangkan dia langgar SOP la lepas ni.

Caprice seringkali berinteraksi dengan peminatnya menerusi platform media sosial. Rasanya ini yang paling panas setakat ini. Artis Malaysia berdebat dengan perempuan zionis.

Meerfly tetap memuji pendekatan kekal tenang oleh Caprice dan bukannya koyak seperti dua perempuan tersebut.

“My guy, good job Caprice,” kata beliau.

 


 

BACA JUGA: Bagaimana TikTok Dan Kempen #IsraelKoyak Oleh Tentera Bawang Malaysia Membuatkan Isr*el Goyang

Krisis I s ra*l -Palestin menjadi perhatian dunia. Dengan era media sosial pada hari ini, perkongsian terus dari sana menjadi sangat cepat dan pantas.

(nota editor, perkataan di atas terpaksa dieja pelik kerana sangat sensitif sekarang ni)

Perkongsian video menjadi salah satu pilihan utama sama ada daripada pihak yang berkongsi dan juga pihak yang mahu menonton.

Menurut BBC, platform paling berpengaruh dalam perkongsian tersebut merupakan TikTok. Sesuai dengan aplikasinya memang untuk video pendek.

Berbanding dengan Youtube, perkongsian di TikTok menjadi lebih mudah kerana aplikasinya yang lebih mudah digunakan dan senang dimuatnaik dengan capaian audien yang tinggi.

Walaupun TikTok terkenal dengan konten bebudak bergelek dan menari. Namun pilihan itu sebenarnya ada banyak. Varian konten lain, termasuk pendidikan, kesihatan, informasi berguna, masakan dan banyak lagi.

Ianya kini menjadi salah satu aplikasi sangat berpengaruh di dunia dengan 700 juta pengguna aktif yang menggunakannya dari seluruh dunia.

Ianya menjadi aplikasi yang paling banyak dimuatturun pada ketika ini:

Rakaman tembakan roket oleh ISR yang membuatkan Gaza teruk dibedil sehinggalah ke protes solidariti Palestin dari seluruh dunia, menjadikan aplikasi itu mulai menjadi pilihan utama belia dan muda mudi berkongsi isu isu tersebut.

Berbanding dengan platform seperti Facebook dan Instagram yang terlalu cerewet dalam menapis dan menyekat konten, TikTok lebih terbuka.

Pada sudut yang lain, ada juga bahayanya TikTok dalam penyebaran informasi palsu yang akan cepat tersebar. Jadi sebagai pengguna, kita semua harus bijak menilai.

Di Palestin, mereka selesa menggunakan TikTok kerana sekatan oleh Facebook dan Instagram mahupun Twitter yang lebih ketat ke atas sebarang informasi berkaitan dengan konflik I s ra*l Palestin.

Ada sesetengah perkara yang dunia harus tahu, tetapi tidak dibenarkan oleh platform tersebut untuk dikongsi kerana beberapa polisi yang kadangkala tidak masuk akal.

TikTok menjadi platform yang membuatkan video dengan tanda pagar #SaveSheikhJarrah menjadi tular di media sosial dan video video berkaitan banyak dikongsikan terus dari Palestin sendiri.

Chris Stokely-Walker, pemilik TikTok Boom: China, the US and the Superpower Race for Social Media, mengatakan kepada BBC bahawa kemudahan penggunaan TikTok dan popularitinya yang luas memungkinkan penyebaran kontennya sangat cepat.

“Membuat video melalui aplikasi ini, sangat mudah sehingga sesiapa sahaja yang berumur 12 hingga 90 tahun boleh melakukannya sendiri tanpa banyak kepakaran teknikal, “katanya.

“Ini juga kerana skala penonton – kami tahu bahawa TikTok mempunyai sekitar 732 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Oleh itu, jika anda memuat naik sesuatu kemungkinan ia akan dilihat oleh ramai orang.”

Pengguna TikTok – serta laman media sosial lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter – menggunakan hashtag #SaveSheikhJarrah sebagai tambahan kepada rakaman pertembungan dengan pasukan tentera I s ra*l , dan juga keadaan di Gaza.

Satu video yang didakwa menunjukkan orang melarikan diri dari serangan I s ra*l l di Gaza, dimuat naik dengan hashtag oleh laman berita Muslim yang berpusat di AS, telah ditonton oleh lebih daripada 44 juta orang di TikTok.

Satu lagi catatan oleh pengguna TikTok Sabrina Abukhdeir – dilihat oleh lebih daripada 1.5 juta orang – menunjukkan kanak-kanak Palestin yang sedang menangis dan pemusnahan bangunan tinggi di Gaza.

“Anda tahu apa yang harus dilakukan,” tulisnya, menggesa orang ramai untuk berkongsi video tersebut.

Dan Angkatan Pertahanan I s ra*l (IDF) aktif dalam talian di media sosial. IDF mempunyai 1.3 juta pengikut di Twitter dan lebih dari 70,000 di TikTok, di mana ia telah menyiarkan video aksi dan adegan tenteranya dari dalam Israel.

Twitter telah mengambil tindakan dengan menyekat beberapa video yang dikongsikan IDF. Membuatkan mereka mulai mencari cara lain untuk menyebarkan lagi video mereka. Beberapa influencer dari I s ra*l turut menggunakan TikTok dalam usaha mereka menyebarkan konten propaganda mereka pula.

Namun menurut BBC, rakyat I s ra*l tidak begitu bagus dalam menggunakan TikTok berbanding dengan Palestin dan juga negara lain.

“Dari pihak I s ra*l , anda melihat tindak balas, yang saya katakan kurang kekuatan, tidak teratur dan jika anda bertanya kepada saya, mereka kurang meyakinkan,” katanya kepada BBC.

Seterusnya Chris berpendapat, aplikasi TikTok kurang digunakan di I s ra*l sebelum ini kerana mereka memandang rendah kepada aplikasi dari China itu. Sikap kesombongan mereka sebenarnya sudah wujud dari dulu lagi.

“Mungkin kerana di I s ra*l tidak ada yang menyangka TikTok akan menjadi platform yang kuat atau penting.”

Sekarang mereka mulai cuba menggunakan TikTok dengan lebih aktif. Dan lebih banyak konten dari Yahudi yang cuba memberitahu dunia propaganda mereka.

Namun sebagai pengguna kita harus bijak menilai semua konten. Ada gambar dan video yang dimanipulasi dan ada juga yang sekadar lakonan untuk kepentingan agenda sesuatu pihak.

Batalion Bawang Malaysia dengan peluru #IsraelKoyak

Pengerusi  Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) Chairman Muslim Imran, Imran Said menyatakan bahawa kempen perang maya yang dilancarkan Malaysia ke atas rejim zionis dengan #IsraelKoyak antara yang memberikan kesan kepada mereka.

Sejak berminggu minggu lamanya, rakyat Malaysia menggempur page page berkaitan untuk troll mereka terutama page, I s ra*l Defense Forces (IDF).

Imran berkata:

“Pelbagai platform media sosial telah dibanjiri dengan sentimen anti-Zionis dan apa yang dilakukan oleh pengguna media sosial Malaysia sangat membantu kita rakyat Palestin kerana ini merupakan sumbangan langsung kepada perjuangan kita selama puluhan tahun.”

“Kami menghargai dan memberi salam kepada semua rakyat Malaysia yang telah meluangkan masa mereka untuk tweet dan menghantar pelbagai maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Gaza.”

“Perpaduan ini sangat penting kerana sekarang, kita dapat melihat perubahan yang signifikan dalam pendapat masyarakat di Barat dan seluruh masyarakat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi oleh NST.

Gabungan badan bukan kerajaan (NGO), MyAqsaDefenders, melancarkan kempen #ShameOnIsrael dan #IsraelKoyak di platform media sosial yang mendapat sokongan luar biasa oleh netizen Malaysia malah dari negara jiran juga.

“Kami mendapati bahawa beberapa rakyat Malaysia kehilangan akaun media sosial mereka hanya kerana menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin tetapi kami mengucapkan terima kasih atas kesungguhan mereka.

“Sokongan Malaysia dari segi usaha politik, diplomatik, kewangan dan siber sangat penting dan bermanfaat.

“Kami memenangi pertempuran moral kerana sumbangan ini, jadi teruskan usaha,” katanya.

Is**el mulai bengang dengan Facebook dan TikTok

Ternyata kempen perang di media sosial sebenarnya membuatkan I s ra*l terasa impak dari segi imej.

Susah payah mereka cuba meraih reputasi dan imej di mata dunia, kini mereka berdepan dengan serangan siber yang membuatkan semakin ramai berpaling tadah daripada mereka.

Ianya tak ubah seperti satu pembunuhan karakter kepada mereka.

Oleh kerana kesan yang mereka rasai itu pada petang Khamis minggu lalu  Menteri Pertahanan I s ra*l Benny Gantz mulai goyang dan meminta Facebook dan TikTok untuk membuang banyak post dari laman sosial mereka. Kerana menurutnya ada banyak ekstremis media sosial.

Bagaimana pula dengan facebook IDF yang terang terang menunjukkan beberapa siri serangan tentera I s ra*l kepada Palestin?

Kesan daripada kenyataan tersebut, TikTok mulai mengambil langkah untuk menghalang konten berbanding dengan dasar lebih terbuka sebelum ini.

Jadi, siapa yang cakap perang virtual tidak memberikan kesan?

Baca yang lain