[VIDEO] Gol Trivella Luka Modric, Sekali Lagi ‘Keeper’ Scotland Mangsa Gol Ajaib

Luka Modric telah menjaringkan salah satu gol tercantik di dalam kariernya. Di mana beliau melakukan trivela dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Scotland.

Lebih malang, penjaga gol Scotland, David Marshall sekali lagi terlibat dalam gol cantik kejohanan ini.

Sebelum ini Marshall dilemaskan oleh percubaan jarak jauh dari tengah padang oleh Patrik Schick ketika aksi berdepan dengan Republik Czech.

Nikola Vlasic meletakkan Croatia 1 gol di hadapan seawal minit ke-17.

Modric kemudian melakukan gol dengan outside of the boot beliau. Teknik yang menghasilkan spin yang sempurna pada bola untuk menerjah masuk ke gawang.

Gol tersebut meletakkan Croatia kembali di hadapan selepas Callum McGregor menyamakan kedudukan sebelum itu.

Saksikan gol ajaib daripada Modric itu di sini:

Modric dapat merasakan bahawa bola itu akan gol sebaik sahaja dia melakukan percubaan dengan teknik tersebut.

Ivan Perisic kemudian menjadikan kedudukan 3-1 memihak Croatia. Dan mereka mara ke pusingan 16 akhir.

Modric mencatatkan rekod unik dengan menjadi pemain pertama Croatia menjaringkan gol dalam 3 edisi Euro.

Gol tersebut juga menjadikan Luka Modric sebagai penjaring gol paling tua dalam sejarah Euro.

Baca yang lain