Big Show Teruja: Selepas CM Punk, Daniel Bryan Pula Debut Dalam AEW

Superstar Daniel Bryan dilaporkan bakal membuat debut dalam All Elite Wrestling / AEW pada September akan datang dalam cara PPV.

Sebelum ini seorang lagi legenda WWE, CM Pun menyertai AEW sebaik sahaja mengumumkan kemunculan semula dalam pro wrestling.

Punk disambut meriah oleh peminat AEW dan sempat memberikan bayangan kehadiran Daniel Bryan ke dapam francais tersebut.

CM Punk secara rasminya membuat kemunculan pertama dalam francis All Elite Wrestling (AEW). CM Punk kembali ke arena gusti profesional selepas berehat sekitar 7 tahun lamanya.

Khabar angin tentang penyertaan CM Pun ke dalam AEW mulai bertiup kencang sejak bulan lalu. Namun ramai juga yang tidak begitu ambil pusing.

Ini kerana terlalu ramai bekas penggusti WWE ataupun mereka yang sudah lama berehat di arena WWE dikaitkan dengan AEW. Terutama sekali nama nama besar seperti CM Punk.

Siapa sangka, CM Pun benar benar menyertai AEW dan beliau diumumakn secara rasmi dalam AEW Rampage.

CM Punk masuk ke dalam arena AEW dengan diraikan dengan sorakan meriah dan histeria bergema.

Penggusti 42 tahun itu memang anak jati Chicago. Dan beliau menjadikan malam pengenalan itu sebagai salah satu detik bersejarah dalam arena AEW.

CM Punk kali pertama pada 2014. Menjadi nama besar dalam WWE. Namun mengejutkan sekali apabila dia dipecat daripada WWE. Salah satu insiden yang dianggap paling mengejutkan dalam sejarah WWE.

Ini kerana dia merupakan penggusti yang pernah menjadi juara WWE selama 434 hari lamanya.

CM Punk kemudian terlibat dalam UFC dan kalah dalam dua pertarungan bertemu dengan Mickey Gall dan Mike Jackson. Pertarungan ketiga beliau berakhir seri.

CM Punk menegaskan bahawa, dia tidak akan pernah sihat jika terus kekal dalam WWE kerana tempat itu penuh dengan kegilaan (sick).

Punk menyertai AEW kerana dia tertarik untuk bekerjasama dengan beberapa penggusti yang bersemangat tinggi di sana.

Lebih memarakkan api, CM Pun menyatakan dia sedia untuk membantu menaikkan AEW mencabar WWE sebagai jenama sukan gusti terbaik di dunia selepas ini.

Dalam malam debutnya juga, CM Punk mengumumkan dia akan bertarung dengan Darby Allin dalam acara PPV pada 5 September.

Bryan menyusul

Kehadiran Bryan dianggap akan mampu memberikan lonjakan kepada publisiti AEW selepas pengumuman CM Punk baru baru ini.

Cassidy Haynes dari BodySlam.net, mengesahkan bahawa maklumat itu tepat. Bryan sudah berbincang dan berunding dengan AEW minggu lalu.

Haynes berkata: “Saya dimaklumkan bahawa AEW merancang debut Danielson dalam acara AEW untuk PPV pada 5 September 2021. Sebelum ni saya memang dah dengan rumors ni.”

“Namun sekarang saya boleh sahkan bahawa berita ini benar.”

“Saya juga dimaklumkan bahawa pemilihan tarikh debut turut mengambil kira isu pandemik. Buat masa ni, New York mengetatkan semula perintah kawalan pergerakan.”

“Jadi dia mungkin akan melakukan debut di Chicago.”

Seorang lagi legenda WWE, Big Show gembira mendengar dua rakannya itu kembali ke ring. Ketika itu Big Show hanya mendengar cakap cakap di belakang tadbir.

“Saya teruja mendengarnya, tak tahulah kenapa. Dah tentu saya mendengarnya daripada khabar angin di belakang pentas.”

“Saya berkawan dengan Daniel Bryan dan CM Punk. Saya rasa, cukuplah, hanya salah seorang daripada mereka benar benar komited datang ke AEW mereka akan menggoncang industri ini.”

Berikut adalah kad pertarungan yang sudah disahkan untuk acara 5 September ini:

AEW World Title: Kenny Omega (c) vs. Christian Cage
Women’s World Title: Britt Baker (c) vs. Kris Statlander
World Tag Team Titles Steel Cage Match: The Young Bucks vs. Jurassic Express or the Lucha Brothers
Jericho’s Career On The Line: Chris Jericho vs. MJF
CM Punk vs. Darby Allin
PAC vs. Andrade El Idolo
Paul Wight vs. QT Marshall
Jon Moxley vs. Satoshi Kojima
Women’s Casino Battle Royale: Nyla Rose vs. Thunder Rosa vs. The Bunny vs. Big Swole vs. Julia Hart vs. Tay Conti vs. Diamante vs. Penelope Ford vs. Red Velvet vs. 12 more TBC

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang