[VIDEO] Gilalah! Alireza Beiranvand Baling Bola Lebih 80m Ketika Menentang Syria

Penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand memang dikenali dengan kemampuan luar biasanya untuk melakukan balingan jarak jauh.

Beliau sudah melakukannya beberapa kali sebelum ini. Bagi peminat bola sepak di Iran terutamanya, mereka sangat kenal dengan penjaga gol mereka itu.

Nama Alireza meningkat naik selepas Piala Dunia 2018. Di mana kisah inspirasinya telah membuatkan ramai termotivasi dengannya.

Alireza sekali lagi mengejutkan dunia dengan balingan bola yang sangat jauh dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Syria.

Balingan tersebut sejauh lebih 80 meter. Dilepaskan Alireza sehingga ke zon serangan. Alireza menggunakan kepakarannya untuk melakukan serangan balas.

Malangnya, kawalan bola daripada rakannya sangat menghampakan.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu kini bermain untuk Boavista di Portugal, membantu negaranya menang 1-0 ke atas Syria dalam aksi kumpulan A.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh bekas pemain Brighton iaitu Alireza Jahanbakhsh dengan jaringan pada minit ke-56.

Netizen tetap tertumpu ke arah balingan seorang lagi Alireza yang berada di gawang.

Saksikan dengan klik pada pautan ini:

Alireza Beiranvand: Dari tukang cuci kepada penjaga gol sensasi Piala Dunia 2018

Alireza Beiranvand berjaya menarik perhatian dunia dalam aksinya pada temasya Piala Dunia 2018 bersama pasukan kebangsaan Iran. Terutama sekali ketika dia berjaya menyelamatkan penalti Cristiano Ronaldo.

Aksi luar biasa Alireza Beinranvand ketika itu membantu negaranya mengikat Portugal 1-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Alireza merupakan pemain yang memiliki latar belakang yang penuh suka duka. Penjaga gol tinggi lampai itu lahir pada 21 September 1992.

Dia membesar dalam keluarga yang selalu berpindah randah.

Keluarga Alireza sendiri bekerja sebagai penggembala kambing. Kemudianya Ayah Alireza, Morteza Beiranvand, tidak menyokong hobi Alireza yang suka bermain bola sepak dari kecil.

Kerana menurut ayahnya, bola sepak akan merosakkan masa depannya. Alireza kemudian memberitahu ayahnya bahawa dia mahu menjadi penjaga gol profesional. Cita cita itu juga tidak disokong ayahnya.

“Ayah saya tidak suka bola sepak dan meminta saya melakukan perkara lain,” kata Alireza kepada Guardian.

“Dia malah pernah mengoyakkan jersi dan sarung tangan saya jadi saya harus bermain tanpa sarung tangan.”

Oleh kerana cintanya kepada bola sepak, Alireza melarikan diri dari rumah dan bermalam di kaki lima. Malah ramai orang yang lalu lalang di tempat dia tidur ingat dia pengemis.

Ketika di Tehran dia melakukan banyak pekerjaan untuk menampung kos sara hidupnya dan juga membeli kelengkapan bola sepak serta membayar sewa tempat dia tinggal.

Ini termasuk kerja sebagai pencuci kereta, menjadi tukang cuci jalanan, menjadi pelayan restaurant dan banyak lagi.

Dia bermain untuk Homa FC. Namun digugurkan oleh kelab kerana dia berlatih dengan Neft Tehran.

Pelanggaran kontrak itu membuatkan masa depan Alireza ketika itu tergugat. Namun Neft Tehran memutuskan untuk memberikan peluang kepada penjaga gol itu membuktikan dirinya.

Penjaga gol berketinggian 194cm itu banyak belajar daripada perkara itu dan tidak mempersia siakan peluang kedua diberikan Neft Tehran. Dia diserap ke dalam pasukan B-23 dan tidak lama kemudian menjadi pemain pasukan senior serta menjadi penjaga gol utama.

Alireza melakukan debut untuk pasukan IOran pada 2015.

Bakatnya membolehkan dia menarik perhatian kelab besar Iran iaitu Persepolis. Alireza menyertai Persepolis pada 2016.

Pada tahun 2017, Alireza berjaya memecahkan rekod tidak bolos paling panjang dalam Liga Iran, dan dicalonkan sebagai pemain FIFA terbaik.

Alireza menjadi penjaga gol utamanya pada Piala Dunia 2018. Beliau pastinya membuatkan ayahnya berasa bangga. Ternyata bola sepak memang untuk orang berbakat seperti anaknya.

Iran’s goalkeeper Alireza Beiranvand saves Portugal’s forward Cristiano Ronaldo’s penalty during the Russia 2018 World Cup Group B football match between Iran and Portugal at the Mordovia Arena in Saransk on June 25, 2018. / AFP PHOTO / Filippo MONTEFORTE / RESTRICTED TO EDITORIAL USE – NO MOBILE PUSH ALERTS/DOWNLOADSFILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images

Kemudian Royal Antwerp mendapatkan khidmatnya, dan kini pemain itu dipinjamkan ke Boavista.

Baca yang lain