Analisis Ferdinand Ke Atas Maguire: Dia Slow, Penyerang Laju Harus Jadikan Dia Sasaran

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand telah bercakap panjang lebar mengenai masalah pertahanan bekas kelabnya, Manchester United. Salah satu nama yang disebutnya ialah kapten, Harry Maguire.

Bekas pemain Leicester City itu sememangnya menjadi mangsa kritikan pedas daripada pelbagai pihak, daripada pundit sehinggalah kepada penyokong Red Devils sendiri, kerana prestasi Maguire dianggap di bawah standard. Lebih lebih lagi dia merupakan seorang kapten.

Setakat ini, Manchester United telah dibolosi 34 kali daripada 27 perlawanan dalam Liga Perdana. Itu jelas bukan kesalahan David de Gea, yang telah melakukan 98 penyelamatan musim ini.

Malah, boleh dikatakan Manchester United diselamatkan dengan kehadiran penjaga gol dari Sepanyol itu dalam banyak sekali situasi. Ramai yang percaya bahawa Red Devils tidak akan mampu bersaing untuk tempat dalam kelompok empat terbaik tanpa De Gea.

Namun begitu, pastinya seseorang perlu bertanggungjawab ke atas 34 gol yang menembusi gawang De Gea. Perhatian turut ditujukan kepada barisan pertahanan terutama Maguire yang beberapa kali menjadi punca kegagalan Red Devils untuk menang.

Analisis Ferdinand ke atas Maguire

Ferdinand menjelaskan secara terperinci mengapa Maguire bergelut musim ini, terutamanya di bawah Ralf Rangnick. Dia merasakan Maguire tidak sesuai dengan gaya permainan Manchester United sekarang ini yang lebih pantas. Maguire bergelut untuk beraksi dalam sistem yang lebih laju.

“Gaya permaiannya yang lambat tidak membenarkan dia [bermain gaya Rangnick]. Dia sentiasa melihat ke belakangnya,” kata Ferdinand di menerusi podcast Youtube ‘Vibe with Five’.

“Jika saya seorang penyerang pantas atau pemain sayap yang pantas, saya akan berkeliaran di mana Harry Maguire berada,” sambungnya.

Ferdinand menjelaskan apa yang diminta Rangnick daripada barisan belakang Manchester United ketika ini. Jurulatih Jerman itu mahu barisan pertahanan meningkat dan memenuhi garisan tengah bagi memenuhi kawasan lawan.

Ragnick mahukan pemain pemainnya melakukan counterpressing ataupun high pressing.

Ini akan menjadikan Manchester United terdedah untuk mencipta situasi satu lawan satu di kawasan sendiri apabila mereka dikenakan serangan balas oleh pasikan lawan mereka. Situasi itu memerlukan seorang pemain pertahanan untuk bergerak pantas dan Ferdinand merasakan Maguire tidak mempunyai rentak yang dia harapkan bagi bermain sistem itu.

“Untuk semua kualiti yang dia ada dalam permainannya sebagai pertahanan, itu [lambat] adalah kelemahan besar dia dan itulah asas semua pasukan elit, adalah dapat bermain satu lawan satu di garisan tengah.”

Rio Ferdinand risau dengan Maguire

Seterusnya Rio Ferdinand meragui masa depan Maguire dalam pasukan Manchester United untuk jangka masa panjang. Walaupun Ralf Rangnick tidak menjadi pengurus musim hadapan, namun Rangnick terlibat dalam pemilihan pengurus.

Di mana Rangnick dan Man United sedang dikaitkan dengan pengurus dengan sistem high pressing seperti Mauricio Pochettino, Luis Enrique dan Erik Ten Hag.

Maguire pastinya sedar nama nama pengurus di atas juga menggemari sistem permainan high pressing di kawasan lawan. Jika Maguire tidak dapat memperbaiki gaya permainannya agar menjadi lebih cepat dan pantas, Ferdinand merasakan kapten United itu dalam bahaya untuk tersisish daripada pasukan utama.

“Jadi saya fikir untuk Maguire, dalam jangka masa panjang – melainkan dia boleh meningkatkan rentaknya – mungkin sukar untuknya,” kata bekas pemain pertahanan itu.

Harry Maguire merupakan pemain bek tengah yang dibeli Manchester United dari Leicester dengan rekod perpindahan dunia untuk bek tengah beberapa tahun lalu.

Di bawah Ole Gunnar Solskjaer, Maguire dilantik menjadi kapten.

Baca yang lain