FA Ukraine Lucutkan Semua Gelaran & Kaps Tymoschuk Kerana Tidak Mengutuk Rusia

FA Ukraine telah menghukum bekas kapten Anatoliy Tymoshchuk selepas dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk Rusia, malah terus bekerja untuk kelab Rusia, Zenit St Petersburg.

Tindakannya itu tidakn disenangi sama sekali oleh FA Ukraine yang menyatakan bahawa, sedangkan pasukan lain dan pemain pemain eropah lain turut menyokong Ukraine secara terbuka. Namun malangnya Tymochuk terus berdiam diri.

Dianggap GOAT bola sepak Ukraine

Tymoshchuk dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat di negaranya, dalam generasi emas Ukraine. Malah dalam satu undian pernah dibuat di Ukraine, Tymoschuk menewaskan Andrei Shevchenko untuk merebut gelaran pemain terbaik sepanjang zaman di negara tersebut.

Dia telah bermain untuk Ukraine lebih banyak daripada orang lain, dengan 144 penampilan, iaitu 33 kali lebih banyak daripada Shevchenko, dan menjadi ketua pasukan selama empat tahun.

Menjadikan Tymoschuk sebagai legenda yang legasinya dianggap sangat kuat. Walaupun Shevchenko mungkin lebih popular di luar Ukraine. Namun di negaranya, Tymoschuk lebih popular. Mereka bermain pada era yang sama.

Dia merupakan pemimpin luar biasa ketika menjadi kapten Ukraine satu ketika dahulu. Pemain yang berjuang sehingga ke titisan peluh terakhirnya di atas padang.

Hilang status legenda dan semua rekod

Bagaimanapun, pengurus berusia 42 tahun itu bakal kehilangan status legenda di negara sendiri, selepas dia memutuskan untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai penolong pengurus di Zenit.

Ramai pemain dan jurulatih Ukraine yang berpangkalan di Rusia telah melepaskan kedudukan mereka bersama kelab di sana.

Seterusnya, UAF telah memutuskan bahawa Tymoshchuk telah melanggar Kod Etika dan peraturan Fair Play dan telah ‘merosakkan imej bola sepak Ukraine,’ dan sedang dalam proses melucutkan semua gelaran yang dimenanginya di Ukraine.

“Sejak permulaan pencerobohan tentera Rusia terhadap Ukraine, Tymoschuk, bekas kapten pasukan kebangsaan Ukraine, bukan sahaja tidak membuat sebarang kenyataan umum dalam hal ini, tetapi juga tidak menghentikan kerjasamanya dengan kelab penceroboh itu,” satu kenyataan daripada FA berkata.

“Ketika bekas kelabnya, Bayern Munich, mengeluarkan kenyataan dan mengadakan perhimpunan menyokong Ukraine, Tymoschuk terus berdiam diri dan bekerja untuk kelab negara penceroboh tersebut.”

“Dengan membuat pilihan yang dia sedari ini, Tymoschuk merosakkan imej bola sepak Ukraine dan melanggar Klausa 1.4. Bahagian 1 Artikel 4 Kod Etika dan Permainan Adil UAF.”

Darjah kehormat dan lesen pun akan ditarik

Bekas bintang Shakhtar Donetsk itu memenangi tiga kejuaraan liga Ukraine, tiga piala dan Piala Super, semuanya semasa bermain untuk pasukan itu antara 1998 dan 2007.

Selain dilucutkan gelaran, FA juga telah melucutkan 144 caps dan meminta sebarang gelaran kehormat dan anugerah negeri agar ditarik semula.

Lesen kejurulatihan UEFA Tymoshchuk juga diperoleh di Ukraine dan FA juga akan dilucutkan daripadanya, yang mungkin menghalangnya bekerja untuk Zenit pada masa hadapan. Dan terpaksa mengambil lesen kejurulatihan yang baharu.

Maka dengan ini, Shevchenko akan menjadi pemain paling banyak kaps untuk negara mereka.

Malinovsyi kecam Tymoschuk secara terbuka

Bintang Ukraine pada ketika ini, Ruslan Malinovsyi, yang bermain untuk Atalanta, mengecam bekas legenda pasukan kebangsaan itu minggu lalu.

Menurutnya, dia pelik dengan Tymoschuk yang kelihatan tidak peduli langsung tentang perkara itu.

“Saya tidak tahu mengenai Tymoshchuk, anda perlu bertanya kepadanya. Sukar untuk mengulas tetapi ia pelik (mengapa dia tidak peduli) – saya fikir ia tidak betul,” kata Malinovsyi di media sosial.

“Ia adalah 100% kes bahawa dia tidak lagi (atau akan menjadi) legenda bola sepak Ukraine.”

“Pencapaian beliau sebelum ini telah dilupakan.”

Namun kalau gini gayanya, bukan setakat dilupakan tetapi dipadamkan terus.

Respon peminat

Walaupun rata rata peminat Ukraine bersetuju dengan tindakan mengenakan tindakan ke atas Tymoschuk. Namun ada yang mempersoalkan tindakan FA Ukraine memadamkan rekod dan pencapaian pemain itu di arena bola sepak.

Ini kerana rekod tersebut sudah pun dicatatkan.

Baca yang lain