Alex Marquez Buka Pekung Honda: “Tanpa Abang, Honda Tiada Pedoman Dan Hala Tuju”

Pelumba LCR Honda, Alex Marquez, menilai Honda berdepan kesukaran tanpa kehadiran abangnya, Marc Marquez, pada MotoGP 2022.

Selepas membuat penampilan sulung sebagai pelumba MotoGP pada 2020, Alex Marquez masih bergelut untuk menonjolkan potensinya di Honda.

Pada awalnya pada tahun pertama kerjayanya di MotoGP, Alex Marquez ditempatkan dalam pasukan kilang Honda untuk mengiringi Marc Marquez.

Kejayaan memenangi dua podium tidak menjadikan kedudukan juara Moto2 2019 selamat di Repsol Honda.

Alex kemudiannya dipindahkan ke LCR Honda dan malangnya penampilannya tidak bertambah baik. Alex bergelut untuk bersaing untuk kedudukan 10 teratas.

“Saya boleh menjalani detik-detik manis pada tahun 2020 sebagai rookie,” kata Alex.

Dia kemudian meluahkan kekecewaannya diletakkan ke pasukan satelit Honda LCR.

“Apa yang saya tidak sangka apabila saya pergi ke LCR, keadaannya adalah seperti sekarang.”

Tiada penunggang yang membayangkan apabila dia menandatangani kontrak selama dua tahun bahawa masalah ini akan berlaku.”

Sejak Marc mengalami kecederaan pada 2020, Honda nampaknya telah kehilangan kredibilitinya sebagai pasukan besar.

Honda menghadapi kesukaran untuk bersaing tanpa Marc Marquez. Walaupun beberapa tahun dahulu, Honda selalu menyatakan bahawa pasukan mereka bukan tentang Marc Marquez seorang.

Mereka menafikan bahawa motosikal Honda adalah ‘motosikal Marquez’, merujuk kepada motosikal yang hanya dibina bertumpukan Marc Marquez.

Tetapi hakikatnya kian jelas. Alex Marquez sendiri bersuara bahawa tanpa Marc Marquez, motosikal Honda tak ke mana ketika ini.

Pol Espargaro, Alex Marquez, dan Takaaki Nakagami tidak dapat memulihkan kedudukan Honda.

Sebelum ini Marc Marquez meminta Honda membina motosikal yang lebih laju dan sesuai dengan semua pelumba. Dia kemudian menyatakan kekecewaannya ketika motosikal Honda berdepan banyak masalah teknikal.

Lebih malang, Marc Marquez kembali berehat panjang kerana  menjalani pembedahan lanjutan. Alex menganggap tanpa Marc, Honda hilang arah tuju dan tidak cukup bagus.

“Pada musim sejuk 2020, kerana Marc tiada di sana, Honda kalah sedikit,” kata Alex.

Alex kemudian mengkritik Honda gagal untuk memahami apa yang dikatakan oleh Marc Marquez dalam analisis teknikal pelumba itu.

Dalam sukan seperti MotoGP, penunggang utama pasukan kilang biasanya menjadi rujukan utama mekanik dalam memperbaiki aspek teknikal.

Kemudian, lebih mengecewakan, Alex mendedahkan bahawa Honda berdepan dengan masalah alat ganti. Ingat proton je ada masalah spare part ni.

“Di HRC mereka digunakan selama bertahun-tahun berbincang dengan penunggang menetapkan garis panduan mereka dalam penghasilan jentera di liat.”

“Pada ketika itu [dahulu], Honda mungkin mendengar dan entah bagaimana mereka mulai menjadi keliru kerana komen daripada Honda ternyata berbeza daripada apa yang diberikan oleh Marc pada masa itu.”

“Di sinilah bermulanya mereka kehilangan  arah dan pedoman.”

Ya, memang pada penghujung tahun lalu ia diperbaiki dan mereka membuktikan mereka mampu melakukanya, terutama pasukan rasmi, yang mempunyai alat ganti terbaru untuk memenangi perlumbaan,” jelas Alex.

“Tetapi tahun ini, dengan motosikal yang kami ada, terdapat risiko ia tidak akan berjalan lancar seperti dirancang dan begitulah hasilnya.”

“Buat masa ini langkahnya tidak diketahui, begitu juga alat ganti baharu yang sudah sampai seperti yang diharapkan oleh semua pihak,” katanya.

Ternyata Honda benar benar teruk tanpa Marc Marquez. Berbeza dengan pesaing dan musuh utama mereka, Yamaha yang ternyata memiliki pelapis dan barisan pelumba yang mampu menggalas cabaran selepas era Valentino Rossi.

Mungkin Honda harus berlapang dada dan mulai mencari di mana silapnya mereka dan memperbaikinya segera.

Baca yang lain