“Saya Mangsa Pemerdagangan Manusia, Mo Farah Bukan Nama Sebenar Saya”

Sir Mo Farah telah membuka tentang rahsia seumur hidupnya dalam dokumentari yang sangat menyentuh perasaan, mendedahkan dia merupakan mangsa penyeludupan manusia secara haram ke United Kingdom dan dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah.

Pengakuan daripada atlet Olimpik paling berjaya dalam sejarah Britain itu benar benar mengejutkan.

Pemenang pingat emas Olimpik empat kali itu sebelum ini mendakwa dia datang ke United Kingdom bersama ibu bapanya dari Somalia, bagaimanapun, kini telah mendedahkan tentang peristiwa sebenar yang berlaku ketika dia datang ke UK.

Dalam dokumentari yang akan datang untuk BBC dan Red Bull Studios, Farah mendedahkan nama sebenarnya ialah Hussein Abdi Kahin dan dia berasal dari Somaliland.

Dia dibesarkan di ladang keluarganya dalam suasana serba daif. Dia sedih meratapi kehilangan bapanya dalam tempoh perang saudara apabila ayahnya ditembak dan dibunuh oleh tembakan peluru sesat dalam perang itu.

Mo Farah diperdagangkan ke UK

Kemudian dalam hidupnya, dia menjadi kanak kanak yang tidak tidak berdaya dan ditipu untuk diperdagangkan secara haram ke UK.

Sebagai sebahagian daripada dokumentari itu, dia berkata: “Kebanyakan orang mengenali saya sebagai Mo Farah, tetapi ia bukan nama saya atau ia bukan realiti.”

“Kisah sebenar saya dilahirkan di Somaliland, utara Somalia, sebagai Hussein Abdi Kahin. Walaupun apa sahaja yang saya katakan pada masa lalu adalah tidak benar — hakikat sebenar, ibu bapa saya tidak pernah tinggal di UK.”

“Ketika saya berumur empat tahun, ayah saya terbunuh dalam perang saudara, untuk pengetahuan kamu, keluarga kami terpisah.”

“Saya dipisahkan daripada ibu saya, dan saya dibawa masuk ke UK secara haram atas nama seorang lagi anak bernama Mohamed Farah.”

Sir Mo berkata dia telah diambil daripada keluarganya pada usia sekitar lapan atau sembilan tahun oleh seorang wanita yang tidak pernah ditemuinya yang mendakwa dia membawanya bertemu saudara-mara di Eropah dan memberinya nama ‘Mohammed Farah’.

Namun, apabila mereka tiba di rumah flat di UK, kengerian sebenar Sir Mo terbongkar.

Pelari Olimpik itu memperincikan bahawa dia diminta menjadi pembantu rumah dan menjadi pengasuh kanak kanak. Di mana dia terpaksa lakukan untuk terus hidup, dengan wanita itu memeras ugutnya untuk menutup mulutnya tentang situasi itu jika dia mahu melawat keluarganya lagi.

Kehidupan lebih baik

Apabila dia dibenarkan memasuki sistem pendidikan di Tahun 7 di Kolej Komuniti Feltham, guru-guru diberitahu dia adalah seorang pelarian dari Somalia.

Dalam kelas PJKnyalah bakatnya untuk berlari terserlah dan membolehkannya melarikan diri dari realiti yang dia sendiri tak sanggup untuk ingati.

Akhirnya, dia menceritakan kepada guru PJnya, mendedahkan identiti sebenar dan keluarga yang dia terpaksa bekerja.

Gurunya menghubungi perkhidmatan sosial dan membantu Mo mencari satu lagi keluarga Somalia untuk tinggal bersama dan melarikan dirinya dari nerakanya.

Perubahan dan persekitaran yang stabil membolehkannya berkembang sebagai seorang atlet sepanjang tahun sekolah menengahnya, dan dia akhirnya menjadi warganegara British pada tahun 2000.

“Saya masih merindui keluarga sebenar saya, tetapi sejak saat itu semuanya menjadi lebih baik,” kata Sir Mo.

“Saya rasa seperti banyak beban yang telah diangkat dari atas bahu saya, dan saya rasa seperti saya. Ketika itulah diri Mo keluar – Mo sebenar.”

Itulah kisah menyayat hati tentang Mo Farah yang dianggap antara atlet paling disayangi di dunia. Sentiasa tersenyum. Namun siapa sangka dia pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Baca yang lain