PT Jakarta Propertindo (JakPro) yang dilantik sebagai konsortium menyelia Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) menyatakan mereka sangat kecewa kerana pagar stadium tersebut runtuh ketika pelancaran itu diadakan.
Sebelum ini dunia dikejutkan dengan insiden pagar di sebuah seksyen penyokong JIS runtuh sejurus sebelum perlawanan persahabatan antara Persija Jakarta vs Chonburi FC pada Ahad lalu.
Perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 3-3. Ianya sebahagian daripada acara pembukaan besar besaran stadium tersebut.
Bagaimanapun, apabila pelancaran berlangsung, tepat selepas kemunculan Dewa 19, pagar tempat berdiri itu runtuh. JakPro pastinya menjadi tumpuan ramai. Mereka diminta untuk menjelaskan apa yang berlaku. Dan JakPro menyalahkan sikap penyokong yang tidak beretika ketika menyaksikan perlawanan atau acara di situ pada hari itu.
Runtuhnya pagar itu disebabkan keghairahan sebilangan penyokong Persija iaitu The Jakmania sehingga ada yang berdiri atau duduk bertenggek di atas pagar tersebut. Dalam erti kata lain, penyokong di kawasan tersebut tidak menggunakan kemudahan stadium dengan betul.
Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku pada hari itu. Jika tidak pastinya JIS akan ditutup sementara hanya selepas sehari ianya dibuka secara rasmi.
JakPro berkata: “Sebelum ini pagar ini adalah berfungsi sebagai penanda sempadan untuk menjaga keselamatan antara penonton dan pemain, bukan untuk dijadikan tempat duduk, bukan untuk dipijak apatah lagi untuk melompat.”
“Malangnya malam kejadian akibat euforia dan keghairahan yang tinggi menyebabkan fungsi guardrail tidak digunakan dengan baik,” kata kenyataan itu lagi.
Gabenor DKI Jakarta, Anies Baswedan turut menyatakan bahawa sikap terlalu teruja para penyokong sehingga mengabaikan keselamatan adalah punca masalah itu.
Jakarta gov Anies blames soccer fans on newly-built JIS stadium fence collapse https://t.co/nqRqln1LGi
— Ahmad Junaidi (@Alex_Junaidi) July 25, 2022
JakPro menafikan bahawa guardrail itu tidak dibina dengan betul atau menggunakan bahan binaan yang murah seperti didakwa segelintir pihak. Malahan JakPro menjelaskan bahawa pembinaan guardrail juga dijalankan seperti stadium antarabangsa yang lain.
JakPro berkata rekaan guardrail itu adalah menepati standard dan piawaian keselamatan antarabangsan ditetapkan oleh FIFA.
Masa pagar pembatas JIS yg proyek ngabisin duit triliunan & 80 persen masih pinjam dari Pusat, kok kyak gini kualitasnya.
Tolong dicek, apa ada korupsi di situ? @KPK_RI @DivHumas_Polri pic.twitter.com/nRR4MGJydH
— Mohamad Guntur Romli (@GunRomli) July 25, 2022
“Walaupun pagar untuk penonton telah dibuat sedemikian rupa untuk keselamatan bersama seperti keperluan untuk standard stadium bertaraf antarabangsa.”
Sementara itu Setiausaha Korporat JakPro, Nadia Diposanjoyo berkata, kejadian itu akan membuatkan semua pihak harus menilai semula insisnde tersebut. Dan semua pihak harus bertanggungjawab agar perkara seperti ini tidak berulang pada masa hadapan.
“Perlawanan semalam menjadi bahan penilaian yang berharga buat kita semua, JakPro, Jakmania, Kerajaan Wilayah DKI, Persija dan skim tiket Jaklingko,” kata Nadia.
Selepas kejadian ini, tentunya Nadia berharap semua pihak dapat diajak bekerjasama dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kemudahan stadium termasuk pagar keselamatan. Dan beliau turut yakin bahawa Stadium Antarabangsa Jakarta dapat diselenggara dengan baik.
Lebih-lebih lagi stadium ini akan dijadikan markas utama Persija Jakarta pada masa akan datang. Dia sangat sangat berharap penyokong Persija dan pengurusan kelab itu dapat menjaga stadium itu selayaknya.
“Mengekalkan stadium melalui teladan memang memerlukan usaha dan ikhtiar yang tinggi. Namun, dengan berganding bahu mengingatkan antara satu sama lain daripada semua pihak dan perkara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” kata Nadia.
“Ini juga mengikut arahan gabenor, untuk membiasakan diri menjadi penonton dan penyokong yang boleh dicontohi di mana sahaja mereka berada, terutama di stadium kegemaran yang telah dibuat sedemikian rupa untuk digunakan oleh penduduk sepanjang masa dan sepanjang musim. ,” katanya lagi.
Namun masih ramai peminat Indonesia tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Mereka menuduh bahawa memang pagar itu tidak kukuh dan ‘murahan’.
Ciee lagi pada sibuk cari kesalahan The Jak y akibat rubuhnya pagar JIS? Nih ad video detik2 rubuhnya pagar.
– Tidak ada yg berdiri di pagar, kalopun ada otomatis ikut jatuh
– Tidak ada yg dorong2an di tribun
– Ga da yg duduk anteng dan berdiri y krn ini nonton bola bukan wayang. pic.twitter.com/eqs6ADSSnY— Rafi A.Rochim (@Rafirochim) July 24, 2022
Malah ada mempersoalkan, adakah sebelum ini JakPro tidak melakukan ujian keselamatan bangunan? Atau sekadar melakukan ujian sistem audio sahaja?
Stadion mahal, baru diresmikan kok sudah roboh pagar tribunnya?
Selama ini berkali-kali bikin tes sound system di JIS apa nggak kepikiran buat tes kekuatan konstruksi bangunannya, Pak @aniesbaswedan? pic.twitter.com/yHGKcle9SS
— Sigit Widodo (@sigitwid) July 24, 2022