EPL: Gabriel Tebus Kesilapan Ngeri Dengan Gol Kemenangan Keempat ‘Straight’ Arsenal

Gabriel Maghalhaes menebus kesilapan yang mengerikan dengan menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan 2-1 di tempat sendiri Arsenal ke atas Fulham pada hari Sabtu ketika Arsenal memenangi perlawanan keempat berturut-turut untuk memulakan musim Liga Perdana Inggeris.

Menjadikan mereka kekal satu satunya pasukan dengan rekod kemenangan 100% selepas 4 perlawanan. Sudah tentunya, mereka kini kekal berada di tangga teratas liga.

Aleksandar Mitrovic menghukum kesilapan Gabriel untuk memberikan Fulham pendahuluan mengejut pada minit ke-56, tetapi Martin Odegaard menyamakan kedudukan dengan percubaan melencong sejurus selepas sejam perlawanan.

Gabriel menyepak masuk masuk bola selepas berlaku pergelutan ketika tendangan sudut pada ketika perlawanan berbaki lima minit untuk mengekalkan pasukan kendalian Mikel Arteta dua mata daripada juara bertahan Manchester City di tangga teratas.

Reaksi pemain pemain Arsenal ketika gol Gabriel Maghalhaes itu menceritakan segala galanya.

Fulham mengalami kekalahan pertama mereka dalam empat perlawanan ketika kembali ke liga utama.

Setelah memenangi tiga perlawanan pembukaan buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun, Arsenal melakukan dua pertukaran kepada pasukan yang menewaskan Bournemouth dengan Thomas Partey dan Oleksandr Zinchenko mengalami kecederaan.

Kieran Tierney masuk sebagai bek kiri dan Mohamed Elneny digandingkan bersama Granit Xhaka di bahagian tengah.

Bekas penjaga gol Arsenal, Bernd Leno berdepan kelab lamanya pada permulaan kedua untuk Fulham, dan pemain antarabangsa Jerman itu cemerlang menafikan beberapa siri percubaan Arsenal.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini je:

Baca yang lain