[VIDEO] Yearwood Dibuang Padang Sebab Koyak Dan Sepak Bola Terkena Perempuan Serta Kanak Kanak

Pemain tengah New York Red Bulls Dru Yearwood dilayangkan kad merah yang dianggap paling sia sia dan bodoh semasa kekalahan kelabnya 2-0 kepada Philadelphia selepas dia secara tidak sengaja mencederakan dua penyokong.

Pada minit minit akhir pertembungan MLS hari Ahad, Yearwood yang kecewa melakukan kekasaran di tepi padang. Pengadil meniup wisel menghentikan permainan.

Tidak lama selepas itu, bekas pemain Southend United itu bertindak balas dengan menendang bola ke arah penonton – satu tindakan yang mencederakan dua orang penyokong pasukannya sendiri.

Seperti yang anda boleh lihat dalam rakaman di atas, Yearwood yang menyesali perbuatan bodohnya itu terus pergi ke arah penyokong tersebut untuk meminta maaf.

Namun ada seorang brader ni dia terus menghalang Dru Yearwood menyatakan bahawa permohonan maafnya tidak diterima.

Wanita muda yang terkena bola itu menangis teresak esak.

Kemudian, kamera menyorot ke arah seorang kanak-kanak yang menangis dipercayai turut terkena bola tersebut.

Keadaan menjadi sangat tegang. Yearwood yang terlebih dahulu sudah menerima kad kuning, kemudian masuk ke padang dan dilayangkan kad kuning kedua. Bermakna dia dibuang padang serta merta.

Ianya dianggap kad merah yang pelik dan tidak sepatutnya berlaku.  Saksikan detik gila itu di sini:

Yearwood telah mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi selepas kejadian itu. “Saya ingin memohon maaf sedalam-dalamnya kepada penyokong yang terkena bola yang saya sepak pada perlawanan Sabtu lalu,” katanya.

“Emosi saya terlalu memuncak dan menguasai diri dan saya telah mengecewakan seluruh organisasi dan setiap peminat New York Red Bulls. Saya harap peminat tersebut sihat dan mereka boleh memaafkan saya.”

Kelab Major League Soccer juga bertindak balas selepas wisel sepenuh masa, berkata; “Keselamatan semua orang yang menghadiri acara kami di Red Bull Arena adalah amat penting kepada organisasi kami.”

“Dru berasa sangat kesal dan mengetahui tindakannya tidak boleh dibiarkan, kami akan mengambil langkah untuk mengelakkan perkara ini berulang.

“Kami dan Dru akan terus berhubung dengan keluarga untuk memeriksa keadaan mereka.”

Ia adalah malam yang perlu dilupakan untuk Yearwood dan New York dengan gol daripada Mikael Uhre dan Daniel Gazdag memastikan tiga mata menjadi milik pendahulu liga, Philadelphia.

Baca yang lain