Pengurus Celtic: “Jangan Sekadar Jaguh Kampung, Tapi Kecut Lawan Madrid Di UCL”

Pengurus Celtic, Ange Postecoglou tidak mahu pasukannya hanya menjadi jaguh kampung, tetapi apabila bermain di UCL terus kecut dan ketakutan serta dibuli oleh pasukan lain yang lebih besar.

Perkara itu disampaikannya dalam sidang media sebelum aksi menentang Real Madrid.

Celtic setakat ini sudah memenangi kesemua 7 perlawanan di peringkat domestik dalam semua pertandingan. Menjaringkan 29 gol dan hanya bolos 2 kali sahaja.

Ini termasuk kejayaan membelasah Rangers, musuh tradisi mereka, dalam aksi sebelum ini.

Lantas pengurus itu menuntut anak anak buahnya bermain dengan cara yang sama berdepan dengan lawan lebih gah di peringkat UCL terutama sekali juara bertahan Real Madrid.

Dia tidak mahu Celtic hanya gah bermain bola sepak yang cantik di peringkat domestik, dan hanya menjadi bot ketika di pertandingan UCL.

Postecoglu berkata: “Tiada gunanya bermain dengan cara bola sepak tertentu di sini [di peringkat domestik / Scotland], dan apabila kamu mendapat kesempatan untuk menguji kemampuan sebenar kamu berdepan dengan mereka yang terbaik, kamu jadi kecut dan menghilang.”

“Adakah ini dikira ujian sebenar? Kamu tak tahu apa yang akan berlaku,” tegas beliau yang tidak mahu menganggap ini sebagai ujian sebenar. Kerana dia sendiri tak pasti sama ada para pemainnya sedia menganggap perlawanan ini adalah ujian sebenar. Jika mereka hanya membenarkan diri mereka dibuli Real Madrid, maka itu bukan dikira ujian sebenar

“Kamu boleh keluarkan apa yang kamu ada esok, kurangkan beberapa kerosakan dan mungkin boleh menang dengan cara berbeza.”

“Namun adakah selama ini kamu pernah menguji kemampuan diri kamu yang sebenar? Rasanya belum lagi,” tegas beliau yang mencabar anak anak buahnya untuk menguji kemampuan sebenar mereka dalam aksi berdepan Real Madrid.

“Sekiranya kita ada kekurangan di bahagian tertentu, maka kita akan kembali, bersihkan diri kita, berkerja keras sekali lagi dan berada lebih hampir [dengan kualiti pasukan besar lain] pada masa akan datang.”

Carlo Ancelotti menyatakan bahawa dia menganggap Celtic memiliki karakter yang sama dengan pasukannya. Dan meminta anak anak buahnya waspada ancaman pasukan tersebut. Ini ditambah dengan prestasi semasa pasukan Celtic di peringkat domestik.

“Jelas sekali ini perlawanan yang sukar. Mereka seperti kami, bermain bola sepak dinamik pada ketika ini.”

Baca yang lain