[VIDEO] Masuk Padang Minta Penalti, Mourinho Dapat Kad Merah

Pengurus AS Roma, Jose Mourinho dibuang padang semasa pertembungan Serie A pasukannya dengan Atalanta.

Insiden itu berlaku pada minit ke-56 selepas pengadil menolak rayuannya untuk mendapatkan penalti untuk pasukannya, AS Roma.

Mourinho dan pemainnya merasakan Nicolo Zaniolo telah diseret sampai terjatuh di dalam kawasan kotak penalti oleh pemain Atalanta, Caleb Okoli.

Bagaimanapun, pengadil di padang dan pegawai VAR tidak percaya yakin bahawa itu berhak untuk diberika sepakan penalti. Dan itu jelas sekali tak menggembirakan Jose Mourinho.

Pengurus asal Portugis yang marah itu berlari ke dalam padang untuk melepaskan kekecewaannya terhadap pengadil, melemparkan tangannya ke udara sambil menjerit ke arah pegawai.

Secara adilnya, ramai pundit percaya, ulang tayang menunjukkan bahawa keputusan untuk tidak memberikan penalti kepada Roma adalah betul.

Tindakan Mourinho ini bukanlah mengejutkan peminat. Kerana ianya tipikal Jose Mourinho.

Dia malah pernah menerima kad merah ketika aksi persahabatan.

Pada ketika itu, Roma ketinggalan di dalam permainan selepas Giorgio Scalvini memberi pendahuluan kepada pelawat selepas 35 minit.

Roma sedang berusaha untuk membina kejayaan yang bermula daripada kejayaan dalam Liga Persidangan Europa pada musim lalu.

Namun mereka telah memulakan kempen Serie A 22/23 mereka dengan sukar, mereka kini berada di tangga keenam dalam carta Serie A selepas empat kemenangan, satu seri dan dua kekalahan daripada tujuh perlawanan.

Di Eropah, mereka dikejutkan dengan Ludogorets Razgrad dalam perlawanan pembukaan Liga Europa mereka, tetapi mereka bangkit pada hari Khamis dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas HJK Helsinki.

Walaupun menang, Mourinho menuntut peningkatan daripada pasukannya.

Dia memberitahu pemberita: “Kami terlalu pasif pada separuh masa pertama. Kami bermain dalam sebelas lebih sepuluh tetapi anda tidak dapat membezakannya.”

Mourinho menambah: “Pada separuh masa kedua kami mengubah sikap kami dan ia berjalan lancar. Kami memaksa diri untuk menjaringkan satu atau dua gol terus dan kemudian kami hanya memutuskan untuk terus menyerang. Menekan tinggi dan mengekalkan mentaliti yang menekan lawan.”

Peminat Roma mengharapkan lebih banyak daripada pasukan mereka musim ini terutamanya selepas mereka berjaya mendapatkan Paulo Dybala secara percuma daripada Juventus.

Adakah Mourinho akan berjaya di Roma musim ini? Setelah dia berjanji akan memberikan yang terbaik pada musim ini tanda balas jasa kepada peminat yang menyokongnya.

Baca yang lain