Kevin De Bruyne menyatakan bahawa dia sebenarnya sudah bosan kerana asyik bertemu dengan Wales dalam karier bola sepak antarabangsa.
Dia menjelaskan bahawa hampir separuh daripada karier antarabangsanya adalah menentang pasukan Wales.
De Bruyne dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik tengah terbaik dalam generasinya. Dia memiliki gaya permainan bertenaga dan jenis box to box di atas padang.
Dia menjadi nadi penting dalam generasi emas Belgium. Bila difikirkan agak malang untuk mereka kerana tidak pernah memenangi piala major setakat ini, sedangkan mereka beberapa kali berada di ranking no.1 dunia.
Seterusnya, De Bruyne dikenali sebagai pemain yang suka memberikan pandangan jujur tanpa berlapik. Sebelum ini dia pernah memberikan komen tentang Manchester City yang selalu suwey di UCL dengan berkata: “Musim berbeza masih benda yang sama [gagal juara].”
Terbaru selepas aksi kemenangan 2-1 Belgium ke atas Wales, De Bruyne sekali lagi memberikan wawancara jujur dengan wartawan. Walaupun dia cemerlang dengan 1 gol dan 1 assist dia menyatakan sebenarnya dia menderita kebosanan asyik bertemu Wales dalam kariernya.
De Bruyne berkata: “Saya rasa separuh daripada karier [antarabangsa] saya adalah menentang Wales. Ianya agak membosankan. Saya fikir dah 12 kali [saya menentang Wales].”
“Ianya sentiasa pasukan yang sama.”
De Bruyne: "I think half of my international career has been against Wales. It is a little bit boring. I think it is 12 times I have played them, it is always the same teams." pic.twitter.com/7ltKtMlWPW
— FootballJOE (@FootballJOE) September 22, 2022
Kevin De Bruyne cemerlang dalam perlawanan tersebut dia mencatatkan 7 hantaran kunci atau hantaran bahaya kepada rakannya. Dia turut menjaringkan 1 gol dan mencipta satu assist.
Kevin De Bruyne vs Wales:
1 Goal
1 Assist
83 Touches
48 Accurate passes
82.8% Pass accuracy
7 Key passes
5 Ground duels won
4 Accurate long balls
3 Shots on target
3 Accurate crosses
2 Tackles
2 Aerial duels won
1 Hit woodwork pic.twitter.com/vuucWFo6Ln— City Xtra (@City_Xtra) September 22, 2022