Qatar Negara Pertama Tersingkir, Menjadi Tuan Rumah Rumah Paling Awal Bungkus

Keputusan seri antara Belanda dan juga Ecuador menyaksikan kesan domino dirasakan oleh Qatar.

Ini apabila pasukan tuan rumah itu rasminya menjadi negara pertama yang tersingkir dalam Piala Dunia 2022.

Sebagai negara penganjur, pastinya peminat Qatar berharap pasukan negara mereka dapat membuat kejutan dalam kempen Piala Dunia mereka kali ini.

Malangnya, itu tidak berlaku. Mereka seperti diramal, akan berdepan masalah untuk melepasi kumpulan A yang turut menempatkan Belanda, Senegal dan Ecuador.

Bukan itu sahaja, Qatar turut menjadi tuan rumah paling awal tersingkir dalam sejarah Piala Dunia.

Qatar pastinya cuba menjadikan aksi pasukan Asia yang lain sebagai inspirasi. Namun ianya gagal dilakukan oleh mereka.

Qatar kali ini ditewaskan oleh juara Afrika, Senegal dengan skor 1-3.

Walaupun harus diakui, aksi Qatar kali ini lebih baik berbanding ketika berdepan Ecuador.

Qatar menjadi pasukan tuan rumah pertama yang kalah lebih daripada 1 perlawanan untuk 1 edisi Piala Dunia.

Selepas berbelanjang berbillion dollar, menjadi Piala Dunia paling mahal dalam sejarah, Qatar disingkirkan hanya selepas 2 perlawanan.

Aksi terakhir Qatar adalah menentang Belanda. Di mana skuad bimbingan Louis Van Gaal berharap akan dapat menyempurnakan tugasan terakhir mereka dan mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan A.

Baca yang lain