Van Der Vaart: “Sule Adalah Harry Maguire Versi Jerman”

Rafael van der Vaart telah memperlekehkan Harry Maguire sekali lagi dalam ulasannya di televisyen.

Sebelum ini legenda Belanda itu pernah menganggap Harry Maguire sebagai pertahanan taraf kampung. Dan dia menyatakan bersepah pertahanan seperti Maguire di liga sosial.

Pada tahun 2019, Van Der Vaart berkata: “Ketika saya pergi menyaksikan kelab amatur bermain liga hujung minggu, saya boleh dapatkan 3 pemain yang bermain seperti dia [Maguire].”

“Benda ni mungkin kedengaran bodoh, tapi saya bercakap serius ni setan. Kita sekarang bercakap tentang pemain bernilai EUR90 juta. Van Dijk mungkin EUR300 juta kalau macam tu.”

Tidak pasti apa dendam Van Der Vaart kepada Maguire, kerana kali ini nama Maguire dipetik ketika Van Der Vaart mengkritik Niklas Sule.

Jerman disingkirkan daripada peringkat kumpulan Piala Dunia buat kali kedua berturut turut.

Pasukan bimbingan Hansi Flick telah berjaya melakukan tugas mereka untuk menang, tetapi gol kontroversi Jepun dalam perlawanan dengan Sepanyol memastikan Jerman pulang awal.

Dan bercakap di siaran TV di Belanda, Van der Vaart berkata: “Jerman mempunyai masalah dalam pertahanan mereka. Süle bukan bertaraf dunia. Dia adalah Harry Maguire dari Jerman.”

Bagaimanapun, peminat Inggeris pantas mempertahankan Harry Maguire.

Menurut mereka Maguire tampil cemerlang dalam Piala Dunia kali ini.

Seorang peminat berkata: “Pelik, sebab Maguire telah menjadi pemain pertahanan terbaik di Piala Dunia ini.”

“Maguire dan Stones telah menjadi antara pemain pertahanan terbaik dalam kejohanan setakat ini,” tambah seorang lagi.

Sementara lagi mengecam Van Der Vaart sebagai biadap dan memang ada masalah peribadi dengan Maguire sehingga suka memperkecilkan pemain itu ketika Maguire berhak mendapat kredit.

Ada juga yang mengingatkan Van Der Vaart: “Maguire telah menjaringkan lebih banyak gol Piala Dunia daripada kamu dengan bermain sebagai bek tengah!”

Maguire masih menjadi pemain penting Gareth Southgate di England. Dalam kempen kali ini dia menjadi tonggak pertahanan utama England.

England meneruskan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati. Maguire antara pemain yang sangat cemerlang. Selain bertahan dia juga menyumbang kepada aspek serangan.

Baca yang lain