Oblak: ‘Di Sini Kami Dah Tahu Pengadil Ini Akan Memihak Real Madrid, Benda Biasa’

Diego Simeone telah mengamuk dengan mutu pengadilan antara aksi Real Madrid dan Atletico Madrid dalam Copa Del Rey.

Perkara itu turut mendapat perhatian penjaga gol Atletico, Jan Oblak yang menyatakan bahawa di Sepanyol mereka sudah masak dengan pengadil bernama César Soto Grado.

Real Madrid menang 3-1 ke atas Atletico Madrid dalam aksi derbi yang panas. Sekaligus menafikan peluang Atletico Madrid untuk memenangi trofi tersebut musim ini.

Stefan Savic dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Eduardo Camavinga.

Oblak berkata: “Jika itu [kad] merah untuk Savic, maka peraturan sama harus digunakan pada mereka, pemain mereka pun harus mendapat kad merah.”

Oblak merujuk kepada Dani Ceballos yang sudah ada 1 kad kuning namun mengelak kad kuning kedua beberapa minit kemudian kerana cabaran cemerkapnya.

“Kami sudah biasa dengan pengadilan seperti ini setiap kali menentang Madrid, namun ianya tetap pahit ditelan.”

“Kami sudah kenal sangat dengan pengadil pengadil ini, kami menentang semua orang di atas padang.”

Simeone turut membantah keputusan pengadil yang terus membiarkan Ceballos berada di atas padang. Sedangkan Savic dibuang padang tanpa budi bicara dan kelonggaran.

Pemain pemain Atletico beberapa kali menunjukkan rasa kecewa ke atas mutu pengadilan.

Simeone berkata: “Apa yang berlaku kepada Ceballos adalah penting dalam menentukan keputusan hari ini. Mungkin orang tak kisah tentangnya, namun itulah hakikatnya.”

“Namun pasukan kami telah bersaing dengan baik sekali. Saya tak pastilah kalau pengadil ini ada masalah peribadi dengan Alvaro Morata. Sebab dia langsung tidak meniup wisel foul sepanjang perlawanan ketika Morata dibentes.”

Peminat Atletico kemudian memviralkan kompilasi pengadilan dalam aksi Real Madrid menentang Atletico Madrid.

Sambil menuduh pengadil berat sebelah:

Carlo Ancelotti kemudian menyatakan dia berpuas hati dengan mutu pengadilan. Dan memahami kenapa Atletico kecewa dengan kekalahan ini kerana cara mereka bermain.

Peminat Real Madrid menuduh Oblak kebudak budakan dengan komen sebegitu. Kerana mereka harus menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan mereka/

 

Baca yang lain