Manchester City 4 Real 0 (agg 5-1): City Ke Final Lawan Inter

Bernardo Silva memiliki banyak momen indah di Man City. Namun separuh akhir kedua Liga Juara Juara Eropah 2022/23 menentang Real Madrid di Etihad mungkin akan menjadi yang paling diingatinya.

Dia menunjukkan aksi berkelas dunia untuk merobek gawang Real Madrid pada separuh masa pertama. Berdepan dengan penjaga gol, Thibaut Courtois yang cemerlang.

Man City bermula dengan gear tinggi di Etihad. Mahu mencari kelebihan gol secara agregat selepas terikat 1-1 di Bernabeu minggu lalu.

Selepas Real Madrid bertahan kental dengan Courtois kelihatan sangat kebal, Bernardo Silva merobek gawang Real Madrid pada minit ke-23.

Pemain antarabangsa Portugal yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona itu kemudian mencetak satu lagi gol pada minit ke-37.

Untuk memastikan Man City masuk ke bilik persalinan separuh masa pertama dengan kelebihan agregat 3-1.

Real Madrid memperbaiki tempo permainan dan corak permainan mereka pada separuh masa kedua.

Dengan menghadirkan lebih ancaman berbanding City pada 20 minit pertama.

David Alaba melakukan sepakan percuma yang sangat cantik dan memaksa Ederson bekerja keras menafikannya daripada masuk.

Real Marid mulai mendesak Man City turun lebih ke bawah.

Carlo Ancelotti melakukan beberapa perubahan pada separuh masa kedua. Termasuk mengeluarkan 2 pemain tengah paling dipercayainya iaitu Toni Kross dan Luka Modric.

Namun Man City kemudian menambah gol ketiga dalam perlawanan ini. Ianya berpunca daripada sepakan percuma yang ditanduk kilas oleh Manuel Akanji. Bola terbias pada Eder Militao untuk menjadikan kedudukan 3-0 dan 4-1 secara agregat.

Pep Guardiola kemudian memutuskan untuk merehatkan Erling Haaland dan memasukkan Julian Alvarez.

Pemain muda itu terus memberikan impak dengan menjaringkan gol keempat buat City.

Man City benar benar membelasah juara bertahan yang juga pasukan paling sukses dalam sejarah UCL itu.

City akan membuat penentuan dengan Inter Milan dalam aksi final di Istanbul.

Kali terakhir City ke final, mereka dihampakan oleh Chelsea di bawah bimbingan Thomas Tuchel.

Pep Guardiola kini berpeluang menamatkan rekod tanpa UCL kelab itu. Dan dia juga berpeluang memenangi UCL pertama sejak meninggalkan Barcelona atau pasukan ‘tanpa Messi’.

Guardiola turut dalam proses untuk memenagi treble pertama bersama City. Mereka di landasan terbaik untuk menjuarai EPL. Berada di final Piala FA dan UCL.

Baca yang lain