Bintang Real Madrid dan Jerman, Antonio Rudiger telah dituduh menunjukkan isyarat pengganas ketika dia sedang sujud di sejadah. Lalu mengaitkan agama Rudiger dengan keganasan.
Pada 11 Mac lalu, Rudiger memuat naik gambar beliau berada di atas sejadah, menunjukkan isyarat ‘Tauhid’ dengan ucapan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Kemudian, pada Ahad, wartawan Jerman, Julian Reichelt menulis di Twitter atau X bahawa pemain itu telah membuat isyarat menyokong keganasan.
Dia menulis isyarat itu sebagai ‘Isyarat pengganas IS’. Sambil merujuk jari indeks itu merujuk kepada isyarat jelas untuk pengganas Islam.
Tindakan Reichelt itu benar benar mengundang kemarahan Rudiger. Dan pada Isnin, Rudiger dan DFB telah memberikan respon segera kepada perkara itu.
DFB telah menangkap layar tweet daripada Reichelt itu dan dirujuk kepada pendakwaraya awam Jerman sebagai satu bentuk ceramah kebencian atau hate speech.
Menteri Dalam Negeri telah mendapat maklum perkara itu. Dan menyatakan kepada rakyat Jerman bahawa itu adalah simbol Tauhid di kalangan orang Islam.
Dan simbol itu sebenarnya disalah guna oleh beberapa pertubuhan keganasan. Dalam kes Rudiger, dia menunjukkan isyarat itu kerana cintanya kepada tuhannya.
Wartawan tersebut diminta untuk memberikan penjelasan tentang motif tweet yang dia muat naik.
Soeben habe ich aus den Medien erfahren, dass Antonio Rüdiger und der DFB mich angezeigt haben, weil ich hier darauf aufmerksam gemacht habe, dass Rüdiger auf einem Instagram-Post den Gruß der Islamisten zeigt. Diese Geste ist in den letzten zwei Jahrzehnten von Terroristen… pic.twitter.com/6fX1GYN4VR
— Julian Reichelt (@jreichelt) March 25, 2024
Ramai yang mengecam wartawan tersebut sebagai rasis. Ada yang simpati dengan Rudiger kerana menurut mereka, bukan mudah menjadi muslim di dalam skuad kebangsaan Jerman. Perkara yang sama dilalui oleh Mesut Ozil sebelum ini yang pernah berkata: “Ketika menang saya dianggap orang Jerman. Dan ketika kalah saya adalah seorang pendatang.”
Sebelum ini pemain pemain beragama Islam pernah dipaksa untuk membuat isyarat tutup mulut sebagai bentuk sokongan kepada pelangi.
Perkara itu diakui sendiri Ilkay Gundogan sebagai perkara yang tidak selesa untuk dia lakukan kerana dia beragama Islam.
I felt so sorry for brother Rüdiger the day the German national team literally forced him to close his mouth during the World Cup in an effort to defame an muslim country under the fake pretense of freedom of speech. As a muslim, the German national team is the worst place to… pic.twitter.com/6DdO58lsvv
— Shafi'i Hamidu (@shafiihamidu) March 26, 2024