Abang Messi Kutuk Barca: “Orang Tak Kenal Barca Pun Sebelum Messi Bermain Untuk Mereka”

Abang kepada Lionel Messi, Matias, telah membidas Barcelona, ​​​​dengan mendakwa “tiada siapa yang tahu” kelab itu sebelum kapten Argentina itu bermain di sana.

Namun dia kecewa kerana Barcelona menurutnya telag menolak untuk membawa kembali pemain paling berjaya dalam sejarah Barcelona dan pemenang Piala Dunia itu ke Nou Camp.

Matias Messi menjawab soalan peminat mengenai akaun twitch anaknya mengenai Messi dan Barca tetapi komen itu telahpun dipadamkan.

ESPN menghubungi wakil Lionel Messi dan mereka telah mengelakkan diri daripada memberikan komen tentang kenyataan Matias Messi, dengan menyatakan bahawa “ianya secara eksklusif adalah pendapat individu dan peribadi Matías, yang tidak semestinya atau bertepatan dengan pendapat Leo atau keluarganya yang lain, rakan atau orang lain yang rapat dengannya.”

Messi, 35, menghabiskan 20 tahun di Barcelona dan membantu kelab itu memenangi 35 trofi.

Walaupun bersetuju dengan lanjutan kontrak, namun Barcelona terperangkap dalam krisis kewangan dan tidak dapat mengekalkan penjaring gol sepanjang zaman mereka, keputusan yang mendorong Messi menyertai Paris Saint-Germain pada musim panas 2021 sebagai ejen bebas.

“Barcelona mula dikenali kerana Messi kerana sebelum ini, tiada siapa yang tahu, peminat di seluruh dunia cuma tahu [Real] Madrid… Dan sekarang mereka akan membalas semula dia [Messi] seperti itu adalah perkara yang tidak bagus,” kata Matias Messi.

Matias kemudian dengan yakin berkata: “Mereka yang berpeluang melancong ke Barcelona dan memasuki muzium Barcelona, ​​mereka akan tahu ianya adalah muzium Messi. Saya memberitahu semua ini supaya anda dapat melihat apa yang keluar dari keberanian kami.”

Walaupun terdapat spekulasi bahawa Lionel Messi, yang menjadi ejen bebas pada bulan Jun, akan mempertimbangkan untuk kembali ke Barca, abangnya berkata ia tidak akan berlaku.

Matias berkata: “Saya mempunyai keratan akhbar daripada [akhbar sukan yang berpangkalan di Barcelona] Sports ES, melekat di dinding rumah saya dengan tajuk ‘Messi harus kembali ke Barcelona’ dan cuma memberikan respon ‘ha, ha, ha.’ Kami tidak akan kembali ke Barcelona.”

Matias menambah bahawa sekiranya Messi dan keluarganya kembali, dia berkata: “Kami akan melakukan pembersihan yang baik [memperbaiki krisis di Barca], antaranya menyingkirkan [presiden Barcelona] Joan Laporta.”

Laporta menyifatkan keputusan untuk membiarkan Messi pergi sebagai “paling sukar yang pernah dilakukannya” tetapi berkata “dia tidak menyesalinya kerana kelab sentiasa didahulukan.”

Matias berkata Laporta “manusia tidak tahu erti bersyukur dan berterima kasih” memandangkan “semua yang Messi telah berikan kepada Barcelona,” sementara dia juga mengkritik penyokong Barca.

“Orang ramai di sana tidak menyokongnya,” kata Matias.

“Orang ramai sepatutnya keluar di jalanan dan berhimpun untuk mendesak Laporta pergi dan Messi kekal.

“Di sana [di Sepanyol] mereka tidak melakukan apa-apa, mereka semua pengkhianat.”

Komen abang Messi itu menimbulkan kemarahan di kalangan peminat Barca.

Mereka mengakui Messi sebagai legenda kelab itu namun Barcelona sudah lama dikenali sebelum Messi muncul.

Johan Cruyff dan Ronaldinho antara 2 nama yang dikatakan sebagai nama penting dalam menaikkan nama Barca sebelum ini.

Baca yang lain