Acara Perpisahan The Undertaker Dikritik Kerana Terlalu Membosankan

The Undertaker telah bersara secara rasminya di acara PPV Survivor Series baru-baru ini sempena ulang tahun ke-30 debutnya bersama WWE.

Mark Calaway merupakan individu yang membawa watak sebagai The Undertaker dan beliau telah tampil membuat kemunculan kali terakhir di atas gelanggang untuk mengumumkan persaraannya.

“Untuk tempoh 30 tahun, saya memulakan langkah perlahan menuju ke gelanggang dan merebahkan semua lawan saya dari masa ke semasa.”

Jelas Undertaker memulakan ucapannya ketika di acara Survivor Series.

“Kini, masa saya sudah tiba. Masanya sudah tiba untuk saya membiarkan The Undertaker rest….in…peace.”

Ucapan terakhir The Deadman itu mungkin sangat ringkas tetapi memberi kesan yang mendalam kepada para peminat, dan ramai juga percaya itu merupakan cara paling sempurna untuk beliau mengakhiri kariernya.

Walau bagaimanapun, acara perpisahan yang dilangsungkan itu tidak diterima dengan baik oleh segelintir para peminat.

Sebelum Undertaker muncul, legenda WWE termasuk Ric Flair, Triple H, Shawn Michaels, Kane, Big Show, anggota kumpulan The Bone Street Krew, Jeff Hardy dan Vince McMahon sendiri turut tampil untuk memberi penghormatan kepadanya.

Ianya seperti kesemua ikon dan legenda tersebut bakal bersama dengan The Deadman itu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada WWE universe.

Namun ketika the Phenom itu muncul, kesemua mereka sudah kembali ke belakang pentas dan meninggalkan gelanggang.

Kebanyakkan peminat menganggap ianya sedikit aneh dengan kesemua legenda itu dijemput hanya untuk membuat kemunculan begitu sahaja.

Sedangkan para peminat sangat berharap untuk melihat sesuatu yang lebih istimewa dari kemunculan semula kesemua legenda yang rapat dengan The Undertaker itu.

Ahli Hall of Famer WWE, The Godfather tampil untuk bersetuju dengan kenyataan tersebut dan bersetuju dengan kritikan terhadap acara perpisahan Undertaker itu di sosial media.

Beliau memuat naik gambar malam sebelum acara Survivor Series di Instagram yang mengundang komen dari para peminat.

“Secara keseluruhan acara perpisahan tersebut sangat membosankan. Kamu semua muncul di atas gelanggang untuk apa?”

Komen dari salah seorang peminat yang kemudian Godfather membalas:

“Betul”.

“Apa tujuan utama menjemput kamu semua di sana tetapi semuanya tak bercakap apa-apa? Ianya sangat menggembirakan ketika melihat kamu kembali muncul di TV, tapi kami mahukan lebih.”

Komen seorang lagi yang menarik untuk dibaca. Godfather kemudian membalas.

“Sepatutnya boleh ditulis dengan lebih baik.”

Salah seorang peminat telah menegaskan bahawa acara perpisahan Undertaker sangat memalukan, hambar dan bosan dan Godfather bersetuju dengan komennya itu.

Ramai peminat serta legenda WWE yang lain turut sependapat dengan mereka yang menganggap acara perpisahan The Undertaker itu membosankan.

Undertaker berhak diberi layanan lebih baik dan walau tanpa kehadiran peminat, acara yang dibuat khusus untuknya itu, sama sekali tidak seperti apa yang diharapkan oleh para peminat.

Baca yang lain