Adakah Ini Logo Baharu Melaka FC? Inspirasi Daripada Manchester United

Seperti yang diketahui umum Melaka United telah pun rasmi dibubarkan. Dengan pengurusan Melaka United sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan membentuk pasukan baharu bagi menggantikan Melaka United.

Beberapa nama dicadangkan sebelum ini termasuk Harimau Melaka dan Melaka FC.

Pada November lalu, Presiden MAFA,
Datuk Wira Nur Azmi Ahmad mengesahkan bahawa pihaknya akan menamakan semula pasukan negeri Melaka kepada Melaka FC.

Melaka FC akan bersaing di Liga M3 setelah larangan oleh MFL ke atas Melaka United beraksi di dua liga utama Liga Malaysia kerana isu hutang gaji dan beberapa masalah dokumentasi yang lain.

Datuk Wira Nur Azmi optimis Melaka FC akan layak beraksi di Liga Super pada 2024.

Terbaru, sebuah laman Facebook menggunakan nama Melaka FC telah diwujudkan. Tidak pasti ianya adalah laman rasmi Melaka FC yang dimaksudkan.

Namun rata rata peminat Melaka mendakwa logo tersebut diinspirasikan daripada logo Manchester United.

Melaka dan Manchester United sudah sinonim sejak beberapa tahun ini. Dengan Melaka United itu sendiri dikenali dengan kependekan MU.

Logo tersebut juga diletakkan pokok Melaka di dalamnya. Simbol yang menjadi kebanggaan rakyat Melaka kerana ia berkaitan dengan permulaan kepada sebuah kerajaan Melaka yang ulung satu ketika dahulu.

Dalam sejam terakhir ini terdapat beberapa aktiviti di Facebook tersebut yang mengemaskini gambar profil dan juga gambar latar.

Ramai peminat percaya bahawa inilah laman rasmi Melaka FC yang baharu.

Namun buat masa ini masih belum ada siaran media dipunggah ke dalam laman tersebut. Sama sama kita nantikan.

Baca yang lain