Adesanya: Dada Aku Kendur Sebab Kuat Isap Ganja

Juara kelas menengah UFC, Israel Adesanya memberikan penjelasan mengenai foto viral di Twitter dari dada yang kendur.

Dada kendur Israel Adesanya menjadi perhatian ramai ketika dia beraksi mengalahkan Paulo Costa di UFC 254 di Abu Dhabi pada bulan September lalu.

Dada kanan Israel Adesanya lebih menonjol berbanding dengan kiri.

Lalu Adesanya mulai dituduh dengan macam macam. Antaranya, ada yang menuduhnya menggunakan dadah terlarang dalam pertarungan dan meminta WADA menyiasatnya.

Juara UFC dan musuh Adesanya, Jon Jones, juga mempersoalkan keadaan Adesanya dalam perlawanan tersebut.

Jones dan Adesanya memang kerap bergaduh di media sosial. Sebelum ini Adesanya menyindir Jones yang terlibat dalam kes dadah dan senjata api.

Akhirnya, Adesanya sendiri mengakui bahawa dada kanannya bengkak kerana gaya hidupnya yang tidak sihat.

Petarung dari Nigeria yang diberi nama The Last Stylebender telah berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kondisinya.

Adesanya berkata: “Kelenjar pituitari saya diperiksa, kadar hormon saya ok, seperti estrogen dan testosteron.”

“Semalam kami menjalani ultrasound dan mamogram, saya melakukannya untuk pertama kalinya. ”

“Sejujurnya ini adalah kerana gaya hidup saya yang tidak sihat, seperti menghisap ganja. Itulah yang dikatakan oleh doktor dari UFC.”

“Dia [doktor] menasihatkan saya agar harus berhenti, tetapi saya katakan saya tidak akan berhenti. Saya hanya akan mengurangkannya sama sekali,” tambahnya.

Isrel Adesanya atau sering dipanggil Izzy masih tidak pernah dikalahkan dalam acara MMA profesional dengan catatan 20-0.

Beliau kini dalam kemuncak pretasinya dan dianggap antara pertarung terbaik dalam lapangan MMA pada ketika ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan