Admin JDT Fans Club Ditahan Kerana Hina Sultan Johor

Admin sebuah page troll bola sepak, JDT Fans Club yang dipercayai hanya page parodi yang sebenarnya bukan peminat JDT, telah ditahan.

Menurut kenyataan oleh PDRM, admin tersebut ditahan atas kesalahan menghina Sultan Johor

PDRM menerusi Ibu pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dalam kenyataannya berkata:

“Tangkapan ke artas individu dipercaya1 pengendali akaun facebook JDT Fans Club berhubung perkongsian hantaran berbaur penghinaan terhadap DYMM Sultan Johor

Pada 23 Jun 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun di Alor Setar, Kedah kerana dipercayai telah memuat naik serta berkongsi hantaran yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja menerusi akaun Facebook JDT Fans Club.

Turut dirampas sebuah telefon bimbit bersama satu (1) kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

Siasatan dijalankan oleh unit siasatan jenayah terkelas USJT, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) akta hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja, seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Permohonan reman terhadap suspek di bawah seksyen 117 kanun tatacara jenayah dibenarkan selama (3) hari mulai 24 Jun hingga 26 Jun 2023.

Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa, raja dan seumpamanya yang boleh mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian negara.

Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.”

Baca yang lain