AFCON: Ziyech Digugurkan Kerana Label Pengurusnya Badut Yang Menipu

Beberapa bulan lalu, pemain sayap Chelsea, Hakim Ziyech terlibat dalam kontroversi panas dengan pengurus pasukan kebangsaannya.

Ziyech ketika itu tidak berpuas hati kerana disisihkan daripada tugasan kebangsaan untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia.

Pengurus Maghribi, Vahid Halilhodzic menyatakan bahawa Ziyech disisihkan kerana dia sebelum ini pernah menipu tentang kecederaannya dan hanya memilih perlawanan yang dia mahu main sahaja.

Pengurus tersebut dikatakan bengang dengan Ziyech ketika aksi persahabatan pada Jun berdepan Ghana dan Burkina Faso.

Namun Ziyech tidak dapat menyertai tugasan itu kerana kecederaan. Malangnya Vahid dengan terbuka menuduh Ziyech berbohong untuk mengelak tugasan kebangsaan.

Vahid juga melabel Ziyech berlagak bintang dan hanya mahu beraksi aksi kompetitif seperti kelayakan Piala Dunia.

Vahid berkata: “Kelakuan dia pada dua perlawanan lalu, terutama sekali yang terakhir, bukan kelakuan selayaknya untuk seorang pemain kebangsaan yang juga menjadi pemimpin serta role model kepada pemain lain.”

“Dia tiba lewat di pusat latihan dan selepas itu, dia malah menolak untuk bekerja. Tiada gunanya membincangkan perkara ini lebih lanjut, sebagai pengurus, jawapannya ada di situ seperti yang kamu nampak.”

“Bagi saya, pasukan kebangsaan adalah segalanya, di atas semua yang lain, tidak ada seorang pun patut menganggap ianya penjara.”

“Buat pertama kali dalam sejarah saya sebagai jurulatih, saya melihat kelakuan sebegini yang sangat mengecewakan.”

“Seorang pemain menolak untuk bermain, perlawanan persahabatan, dan dia memberitahu dia cedera.”

“Staf kecergasan sudah melakukan beberapa siri ujian, dan menyatakan dia boleh beraksi. Dia kemudian menolak untuk memanaskan badan untuk aksi separuh masa kedua kerana kecewa diletakkan sebagai pemain gantian.”

“Bagi saya tindakan seperti ini adalah tidak boleh diterima. Kamu tak boleh menipu pasukan kebangsaan, kamu 100% harus berada di sana ataupun tidak.”

Ziyech kemudian memuat naik status pendek dengan emoji badut.

“Lain kali kalau kamu bercakap, cakaplah perkara yang betul.”

Tindakan Ziyech itu benar benar membuatkan netizen rasa selepas ini dia tak akan lagi dipanggil oleh Vahid. Mana taknya, dibadutkannya orang tua tu.

Dan terbaru dalam senarai panggilan untuk tugasan Piala Afrika atau AFCON 2021, nama Ziyech tidak disenaraikan.

Lantas peminat mendakwa Vahid terlalu hati tisu tidak memanggil pemain perancang terbaik negara mereka untuk beraksi.

Bukan sahaja pemain yang kreatif, Ziyech juga mencatatkan 17 gol dalam 40 penampilannya bersama Maghribi.

Ziyech sebenarnya boleh mewakili Belanda. Namun memilih untuk mewakili negara asal kelahiran nenek moyangnya.

Namun berita ini pastinya khabar baik buat Chelsea yang berdepan dengan isu squad depth.

Baca yang lain