AFF B-19: Bungkus Awal, Coach Indonesia Salahkan Peraturan H2H + Thailand Dan Vietnam Tak Fairplay

Jurulatih pasukan kebangsaan B-19 Indonesia, Shin Tae-yong kesal dengan peraturan head to head yang masih diterapkan pada Piala AFF B-19 2022. Di mana ianya menjadi sebab kenapa Garuda Nusantara tersingkir daripada Piala AFF 2022 walaupun menang besar 5-1 ke atas Myanmar pada perlawanan terakhir Kumpulan A, di Stadium Patriot Candrabhaga.

Walaupun memiliki rekod jaringan yang besar, namun Indonesia terpaksa akur kerana pertandingan Piala AFF B-19 menggunakan peraturan head to head bukannya peraturan perbezaan gol. Menurut pengendali Indonesia itu, peraturan Head to head atau H2H sudah lapuk dan seharusnya tidak diguna pakai lagi di peringkat AFF.

Kerana peraturan itulah membuatkan Indonesia gagal mengatasi Vietnam dan Thailand.

Ini kerana Thailand vs Vietnam yang beraksi di Stadium Madya, Senayan, Jakarta Pusat pada masa sama hanya berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Pasukan Indonesia sebelum ini dalam perlawanan menentang Thailand dan Vietnam hanya menang seri 0-0 untuk kedua-dua pasukan.

Keputusan ini menjadikan Thailand dan Vietnam unggul secara head to head walaupun mata mereka sama dengan pasukan kebangsaan B-19 iaitu 11 mata.

Biarpun Pasukan Indonesia B-19 lebih unggul dalam jumlah jaringan iaitu 15 gol, Vietnam 9 gol dan Thailand enam gol.

Oleh itu, Shin Tae-yong kesal kerana peraturan head to head ini menurutnya sudah tidak lagi digunakan dalam petandinga AFC atau FIFA.

“Memang head to head seperti situasi semasa memang sudah tidak ada di bawah peraturan FIFA atau AFC, tetapi pelik sedikit peraturan ini masih dalam AFF,” kata Shin Tae-yong yang kecewa.

Jurulatih Korea Selatan itu menilai bahawa sebenarnya tidak masuk akal untuk skuad Garuda Nusantara tidak layak ke separuh akhir.

Jurulatih berusia 52 tahun itu malah berkata Thailand dan Vietnam walaupun mengesyaki bahawa Thailand dan Vietnam juga tidak bermain dengan adil berdasarkan semangat fairplay. Kedua dua pasukan seolah olah selesa dengan keputusan seri dan tidak berusaha lebih kuat lagi untuk mengalahkan lawan masing masing.

“Malah, kami tidak layak, ini tidak masuk akal, dan memang lawan dan pesaing kami juga, di mana mereka seharusnya bermain secara adil, tetapi sebenarnya ia tidak begitu.”

Dia kemudian menganggap Thailand dan Vietnam sebenarnya sengaja mahu berkomplot menyingkirkan Indonesia kerana mereka takut dengan Garuda Nusantara,

“Thailand dan Vietnam sendiri, tetapi memang mereka takut dengan Indonesia, justeru saya sedikit tersinggung dan tidak senang dengan keadaan ini,” kata Shin.

“Ini bermakna Thailand dan Vietnam merasakan bola sepak Indonesia semakin baik, jadi mereka membuat keputusan seperti itu.”

Dengan tersingkirnya pasukan kebangsaan Indonesia B-19 daripada Piala AFF B-19 2022, Shin Tae-yong turut berterima kasih kepada pemain yang telah bekerja keras.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemain yang telah bekerja keras dan maksimum serta menjadikan perlawanan ini tidak dikesali. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pemain saya,” katanya.

Baca yang lain