Ajax Denda Antony RM223k Untuk Setiap Hari Dia Ponteng, Hari Ini Dia Hadir

Antony dilaporkan sudah beberapa hari ponteng latihan pasukannya kerana mendesak perpindahan ke Manchester United.

Kelab itu kemudian memutuskan bahawa Antony harus membayar denda €50,000 atau RM223 ribu untuk setiap hari yang dia ponteng latihan.

Setakat ini Antony dikatakan sudah ponteng 3 siri latihan Ajax sejak dia mendesak perpindahan ke Manchester United minggu lalu.

Hari ini Antony akhirnya melapor diri di kompleks latihan Ajax untuk berlatih.

Dikatakan bahawa Antony agak terkesan dengan denda yang tinggi tersebut.

Ajax meminta Antony untuk menghormati kertas kontrak yang sudah ditandatanganinya sebelum ini.

Ajax sebenarnya tak mahu menjual Antony. Namun akan hanya mempertimbangkan tawaran jika Man United membayar €100 juta untuk pemain tersebut.

United semalam membuat bidaan rasmi sebanyak €80 juta. Angka itu masih jauh daripada €100 juta diminta Ajax.

Dan kemudian kelab berpangkalan di Old Trafford itu sedia menawarkan bidaan kedua bernilai €90 juta.

Ajax berkeras mahukan  €100 juta kerana mereka perlu membayar 20% kepada Sao Paulo sebagai bayaran pembangunan pemain. Secara kasarnya Ajax mahukan €80 juta bersih masuk ke akaun mereka dan €20 juta lagi milik Sao Paulo.

Manchester United sudah  berhubung dengan pihak Antony tentang tawaran bahar yang bakal mereka bentangkan dan berusaha memastikan rundingan tersebut dimeterai secepat mungkin.

Tawaran peribadi diberikan kepada Antony adalah kontrak selama 5 tahun. Dan sudah tentunya dia akan menikmati kenaikan gaji luar biasa berbanding di Ajax.

Baca yang lain