Ajax Rasminya Haramkan Aktiviti ‘Mengemis’ Jersi Dalam Stadium Kerana Faktor Keselamatan Dan Manipulasi Kanak Kanak

Ajax Amsterdam nampaknya menjadi kelab pertama di Eropah mengharamkan secara rasmi perbuatan yang dipanggil mengemis jersi.

Biasanya kanak kanak akan memegang plakad meminta jersi para pemain. Dalam aksi di antara Ajax dan PSV ketika perebutan Perisai Johan Cruyff di Cruyff Arena, petugas stadium merampas plakad mengemis jersi tersebut.

Kepada yang bertanya, kenapa pegawai Ajax boleh merampas plakad dalam aksi final Perisa Cruyff itu? Sebenarnya di Belanda, juara Eredivisie akan diberikan hak menjadi tuan rumah untuk perebutan Perisan Johan Cruyff. Ianya bukan gelanggang berkecuali.

Dalam kajian yang dibuat oleh Ajax, kanak kanak ini ada unsur unsur dimanipulasi oleh pihak tertentu, termasuk wor wor jersi terpaka dan ibu bapa mereka sendiri. Jersi yang berstatus ‘dipakai semasa perlawanan’ atau match worn boleh dijual dengan harga tinggi di pasaran barangan terpakai atau koleksi.

Jadi, Ajax menyatakan bahawa mereka mahu membendung fenomena ini daripada terus menjadi jadi. Mengelakkan semakin ramai kanak kanak dipergunakan untuk mengemis jersi.

Seterusnya, dari sudut keselamatan, Ajax menyatakan bahawa biasanya kadbod atau kertas yang digunakan adalah mudah terbakar. Dan ianya boleh mengancam keselamatan, menurut kenyataan kelab itu lagi.

Ajax memahami bahawa peraturan baharu ini akan ditentang ramai pihak. Namun mereka menegaskan bahawa mereka hanya mengambil tindakan atas keperluan.

Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Nieuws NL, 66% koresponden setuju dengan langkah diambil Ajax ini. Manakala 34% lagi tak setuju.

Apa pandangan korang?

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan