Akak Ni Menjana RM179,235 Dengan Meramalkan Mana Flight Akan Delayed

Seorang wanita berusia 45 tahun dari China dilaporkan menipu syarikat insurans sebanyak USD42,000 ataupun sekitar RM179,235 dari tahun 2015 sehingga 2019 hanya dengan menempah penerbangan yang dia tak mahu naiki.

Wanita bernama Li itu telah meramalkan flight yang akan dibatalkan dalam tempoh itu, dan sebahagian besar daripadanya benar benar ditangguhkan / delayed.

Motifnya hanya untuk menempah tiket adalah membeli insurans penangguhan penerbangan di beberapa syarikt untuk menjana wang.

Dia menggunakan 20 identiti yang berbeza, termasuk identiti miliknya.

Dalam 4 tahun itu dia menjana wang dari hampir 900 polisi insurans daripada flight delayed!

Penerbangan itu ditempah atas namanya dan juga dengan nama rakan dan ahli keluarganya.

Li tidak pernah berada di dalam mana-mana penerbangan itu.

Macamana dia buat?

Dari mana Li belajar semua ini?

Li mendapat tahu akan polisi insurans kelewatan penerbangan ini ketika dia bekerja di industri penerbangan.

Dia juga belajar tips daripada orang dalam yang membantunya meramalkan penerbangan mana yang akan ditunda.

Ketika bekerja, Li sangat tekun belajar semua itu kerana dia tahu, itu akan menjadi ‘kerja’ barunya nanti.

https://twitter.com/conorsvan1/status/1274580966036529152

Untuk mengelakkan pengesanan oleh pihak berkuasa, dia hanya mengambil sekitar 30 polisi insurans, dengan maksimum 40 di bawah setiap identiti.

Pihak berkuasa akhirnya menangkapnya, dan pada hari Jumat lalu, polis mengesahkan perkara itu.

Li telah ditangkap dan dituduh melakukan penipuan insurans. Penipuan tersebut telah mendorong beberapa penyedia perkhidmatan pelancongan China untuk memperbaiki kelemahan yang membolehkan syarikat insurans menjana wang dari kelewatan penerbangan.

Mereka membuat pindaan dalam polisi mereka yang merangkumi sedikit pengubahan polisi melarang mana mana individu dengan sengaja menempah flight yang mereka tak mahu naiki, sebaliknya untuk menuntut ganti rugi – lapor The Paper.

Kalau akak ni duduk Malaysia, rasanya Air Asia menjadi lubuk duit utama beliau. Tak gitu?

Baca yang lain