Akak Ni Tewaskan Saintis Israel, Klaim Sudah Menemui Gelang Pencegah K0R0NAVIRUS Lebih Awal

Beberapa minggu lalu, sekumpulan Saintis Israel menyatakan mereka yakin akan menemui antibodi untuk vaksin mencegah covid-19.

Namun mereka masih lagi berusaha untuk menyiapkan produk yang sebenar. Kajian sedang giat dilakukan di makmal IIBR.

 

Beberapa negara di dunia turut berusaha di makmal mereka untuk mencari vaksin. India antara negara yang giat dalam usaha mencari vaksin.

Sementara Presiden Filipina menawarkan US$20,000 kepada mana mana rakyat filipina yang berjaya menemui vaksin kepada penyakit tersebut.

Di kala kesemua saintis dan pakar di seluruh dunia sedang bergelut dan berusaha mencari penawar dan ubat, muncul satu video mengejutkan ramai pihak.

Di mana seorang akak dari Malaysia dengan tenang menyatakan dia sudah menemui satu produk yang mujarab untuk mencegah covid19.

Akak temui gelang ‘the best in the world’

Produk tersebut baru dua hari ditemuinya dan terus dinyah kotak.

“Hari ini saya nak unboxing satu produk yang baru sahaja launching, panas di pasaran.”

“Baru sahaja dua hari, umur dia dua hari.”

“Saya beli untuk kegunaan saya sendiri. Sebab, dalam bisnes ini, kita dulu kena rasa, sebelum kita menjual.”

“Ok kita tengok, color dia macam ni – packaging dia – nampak? – very small nice. Boleh hantar ke mana? Globally, satu dunia.”

“Yang bestnya, masa covid19 ni tak ramai yang suka makan supplement. Dan ramai orang yang tak konsisten makan supplement.”

“Jadi, the best solution dia apa? Lekatkan je kat tangan depa, supaya sentiasa jauh daripada K0R0NAVlRUS!”

“So, this is the best!”

Akak kemudian membuka kotak dan menyatakan di dalamnya ada buku panduan / manual penggunaannya. Sambil dia menyatakan, walaupun nampak simple, tetapi ianya adalah ciptaan pemenang anugerah noble.

“Nampak sempoi saje, tetapi ini adalah creation oleh noble prize winner ye.”

“Bukan sembarangan produk dan sangat hebat. Hanya pakai sahaja.”

Seterusnya produk ini juga ada dua saiz untuk korang beli. Malah akak tersebut turut berpesan untuk membeli gelang itu bagi kegunaan semua ahli keluarga.

“Nampak simple, tetapi ini adalah perlindungan terbaik untuk mencegah covid19.”

“So jangan lupa, dapatkan satu untuk anda, satu untuk suami. Kalau [yang] ada isteri dua, [maka] dua dua isteri kena ada.”

“Anak ada 10, [maka] 10 anak kena ada  [gelang ni].”

“Ok, itu sahaja, the best wristband in the world. Dua hari umur dia, tapi sangat sangat padu, noble prize winner.”

Adakah akak ini bakal menerima anugerah noble selepas ini kerana menemui produk yang mampu mencegah wabak yang masih tak mampu diselesaikan WHO mahupun saintis?

Namun tinjauan di ruangan komen, rata-rata agak sangsi dengan reviu akak tersebut. Mereka malah ada yang mengecam kejayaan akak yang baru sahaja menemui penawar mencegah wabak.

Apa pula pandangan korang? Boleh pakai tak benda ni? Bukan selalu nak kalahkan Israel ni kan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan