Akhirnya Figo Jelaskan Gosip Percintaan Dengan Guardiola: “Kami Cuma Kawan”

Luis Figo telah menafikan beliau dan Guardiola ada hubungan istimewa atauapun bercinta.

Malah menurut Figo, beliau melayan Guardiola tidak lebih daripada sekadar kawan.

Kira kena friendzoned ke apa ni?

Luis Figo dan Pep Guardiola pernah digosip sebagai merpati dua sejoli ataupun pasangan sedang dilamun cinta pada satu ketika dahulu.

Gosip itu agak panas satu ketika dahulu kerana kemesraan di antara kedua dua pemain yang meniduri satu sama lain. Itu gosip yang disebarkan.

Figo menegaskan bahawa itu hanya cerita mitos / urban myth yang berlegar – legar di kalangan para peminat yang membuat spekulasi di sebalik kemesraan mereka.

Lalu ada yang menganggap kedua dua mereka adalah bis*ksual. Ataupun mana mana boleh. Hmmm…

Figo agak kecewa dengan laporan tak tepat itu dan beliau tampil menjelaskan keadaan yang sebenar.

Guardiola dan Figo saling rapat di antara satu sama lain. Tetapi ianya lebih kepada Bromance.

Figo menafikan mereka berdua pasangan bercinta yang malu nak mengaku kerana takut dikecam masyarakat.

Mereka berdua bermain bersama-sama dalam satu pasukan ketika di Barcelona.

Figo menjelaskan, mereka tidur berdua-duaan kerana mereka berdua teman sebilik. Namun ada yang salah anggap tentang mereka.

Bercakap kepada ICONS, Figo berkata: “Guardiola adalah teman rapat saya.”

“Beliau banyak membantu saya. Dan kami berdua adalah rakan sebilik. Namu  tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.”

“Saya seorang lelaki yang tertarik dengan wanita.”

Figo kemudian meminta agar jika ada pemain La Liga yang songsang, agar mereka berani untuk tampil menyatakan kesongsangan mereka tanpa rasa takut.

Figo berkahwin dengan Helen Svedin, dan mereka sudah memiliki 3 orang anak hasil daripada perkahwinan itu.

Figo juga tahu yang rakan sepasukan beliau di Real Madrid iaitu, Ronaldo Fenomeno menganggap isterinya sebagai crush.

Ronaldo pernah memberitahu Florentino Perez: “Kalau aku ada bini macam Figo tu, aku tak akan keluar rumah.”

Figo berkata: “Saya dah tahu tentang komen tu. Kerana beliau menyatakan ia di depan semua orang di bilik persalinan.”

“Namun saya tak pernah ambil hati pun. Sebab kalau kamu kenal rapat Roni (Ronaldo), kamu akan tahu perangai beliau yang suka bergurau. Namun beliau seorang yang mulia.”

“Perkara yang beliau tak tahu, apabila isteri saya sudah tidur, saya selalu keluar rumah,” katanya sambil berseloroh.

Luis Figo pernah membuat perpindahan kontroversi ke Real Madrid. Membuatkan beliau dibaling dengan kepala babi ketika aksi el clasico.

Figo ketika itu bergandingan dengan ramai bintang termasuk Ronaldo Fenomeno, Zinedine Zidane, David Beckham, Raul Gonzalez dan ramai lagi.

Figo menjadi sebahagian daripada Galaticos yang dibentuk Florentino Perez.

Pep Guardiola kini menjadi pengurus kepada Manchester City. Beliau salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak.

Pep Guardiola sudah menguruskan Barcelona, Bayern Munich sebelum ini. Beliau memenangi liga di kesemua negara beliau menjadi pengurus.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan