Akhirnya Kerajaan China Bagi Amaran Kepada Guru Kungfu Fake Yang Mencemarkan Imej Seni Bela Diri Tersebut

Sejak akhir akhir ini terlalu banyak kes guru kungfu / kungfu master yang telah mencemarkan nama baik seni bela diri itu.

Lalu kerajaan China telah mula mengambil langkah proaktif bagi memastikan mereka tidak berterusan memberikan imej buruk kepada seni bela diri tradisional negara itu.

Persatuan Wushu Cina berkata, sikap beberapa individu yang self-proclaimed diri mereka guru ataupun ‘masters’ hanya semata mata untuk kepentingan sendiri telah memalitkan lumpur pada imej wushu.

Lalu kerajaan China memberikan amaran agar pengamal ilmu kungfu tidak sewenang-wenang mengklaim diri mereka guru kungfu, guru sebenar, ataupun pewaris legasi daripada guru terdahulu.

Persatuan Wushu Cina ini telah mengecam tindakan sesetengah guru yang terlalu hype diri mereka sendiri.

Dan persatuan tesebut menganggap tindakan itu menyukarkan usaha mereka mahu mengembangkan dan mengekalkan legasi seni bela diri itu.

Dalam pembentangan terbaru oleh Persatuan Wushu Cina (CWA), mereka menekankan adab dan disiplin untuk menguatkan lagi bidang mereka dan mempromosi lagi seni wushu di China.

Dan kini mereka menegaskan ada tugasan tambahan kerana terpaksa membersihkan reputasi yang calar kerana guru yang klaim diri sendiri.

Beberapa video telah tular beberapa tahun ini yang memaparkan guru wushu mencabar petarung dari MMA / pelbagai disiplin tempur untuk menumbangkan mereka.

Kesannya guru guru fake ini telah dilanyak dan ramai yang gembira kerana kesombongan mereka. Sedangkan ia langsung tak mewakili budaya Wushu.

Persatuan Wushu Cina kemudian menyatakan bahawa kerajaan China sudah mengeluarkan garis panduan bahawa: “Kelakukan self proclaimed masters ini telah mencemarkan imej wushu secara keseluruhan.”

“Beberapa video tular menunjukka guru wushu palsu ini dibantai dengan teruk dalam pertarungan sebenar, dengan corak pertarungan moden MMA.”

Paling terkini adalah guru Ma Baoguo yang telah di-KO-kan oleh petarung MMA berusia 20 tahun.

Guru wushu berusia 69 tahun itu telah terlantar dalam keadaan tak sedarkan diri.

Selepas itu media di China mendedahkan bahawa Ma Baoguo adalah guru wushu palsu yang mengiktiraf dirinya.

Petarung MMA, Xu Xiaodong aka “Mad Dog” sudah banyak bertarung dengan sifu sifu palsu ini. Dan dia telah disenarai hitam di negaranya kerana aksi yang dianggap mencemarkan imej wushu.

Kenyataan oleh CWA memberikan amaran kepada semua atlet seni bela diri untuk menjaga disiplin termasuk atlet MMA dan wushu untuk tidak sewenang wenang mengiktiraf diri mereka master.

Baca yang lain