Aksi Hull vs Birmingham Diltangguhkan Seketika Kerana Nak Potong Tiang Gol Terlalu Besar

Aksi di antara Hull City menentang Birmingham City terpaksa ditunda sebentar kerana tiang gol terlalu besar.

Lebih gila, petugas stadium diminta untuk menukar tiang gol tersebut. Mereka kemudian mengambil inisiatif untuk menggergaji tiang gol agar menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Pemeriksaan sedang dilakukan sepanjang hujung minggu oleh EFL berikutan insiden awal bulan ini di Wigan Athletic, dan apabila pegawai perlawanan menjalankan pemeriksaan pra-perlawanan mereka, tiang gol didapati terlalu tinggi.

Tiang gol yang dipotong itu dipasang semula sepenuhnya kira kira pukul 2.30pm waktu UK. Pemain kedua dua pasukan malah kebingungan sama ada perlawanan itu akan diteruskan akan ditunda tarikh. Mereka tidak pasti sama ada perlu melakukan pemanasan badan atau sebaliknya.

Pegawai panitia pertandingan kemudian berpuas hati dengan tiang gol yang dipasang semula itu. Dan akhirnya sepak mula perlawanan pun berlangsung.

Hull mencari kemenangan kedua berturut-turut di tempat sendiri selepas menewaskan Wigan Athletic dalam aksi terakhir dan melakukan empat pertukaran kepada pasukan yang dikalahkan di Huddersfield Town seminggu lalu.

“Sepak mula petang ini telah ditangguhkan kepada 3:20 petang. Pegawai perlawanan telah memaklumkan kepada kelab bahawa tiang gol perlu diselaraskan semula dan HawkEye turut diselaraskan semula sebelum perlawanan boleh dimulakan,” kata Hull City dalam satu kenyataan.

Saksikan detik rare itu di sini.

Baca yang lain