Al Hilal Sedia Bayar €200 Juta Beli Mbappe Dan Gaji €400 Juta

PSG kini mendapat pembeli yang sedia membayar angka yang mereka mahukan untuk Mbappe.

PSG sebelum ini menyatakan bahawa mereka mahukan €200 juta untuk Kylian Mbappe.

Harga itu dianggap terlalu mahal oleh Real Madrid. Di mana kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu lebih rela menunggu setahun lagi dan mendapatkan Mbappe secara percuma.

PSG tidak rela untuk melepaskan Mbappe secara percuma. Kerana pemain itu antara pemain terbaik dunia pada ketika ini.

Nasser Al Khelaifi sudah memberikan kata dua kepada Mbappe sebelum ini. Sama ada melanjutkan kontrak baharu atau dia dijual segara.

Selepas diberikan tempoh dua minggu untuk membuat pilihan, Mbappe kekal dengan pendirian tidak mahu melanjutkan kontrak dengan PSG.

Lalu PSG mengeluarkan nama Mbappe daripada pasukan yang akan beraksi di Jepun untuk pra musim.

PSG mulai menyenaraikan Mbappe untuk dijual pada jendela perpindahan kali ini.

Tidak ada kelab di Eropah yang sanggup membayar €200 juta untuk Mbappe yang bakal menjadi ejen bebas pada akhir musim ini.

PSG sudah memberitahu Real Madrid bahawa mereka akan terus menjual Mbappe ke kelab itu jika tanda harga itu dipersetujui.

Florentino Perez sebelum ini pernah menawarkan pakej yang sama untuk mendapatkan Mbappe beberapa tahun lalu. Namun pastinya dia tidak rela menawarkan angka yang sama.

PSG mulai mengesyaki Mbappe sudah mencapai kesepakatan verbal dengan Real Madrid di belakang mereka.

Mbappe dikatakan benar benar mahu menyertai Real Madrid secara percuma.

Kini Al Hilal sedia membayar €200 juta untuk Kylian Mbappe. Mbappe ditawarkan kontrak €400 juta untuk dua musim di Al Hilal.

PSG akan berunding dengan Mbappe dan menuntut janji pemain itu.

Di mana sebelum ini Nasser Al Khelaifi menyatakan bahawa Mbappe faham bahawa PSG tidak mahu melepaskannya secara percuma dan pemain itu sedia untuk dijual.

Penjualan pemain sebenarnya tidak bergantung kepada kelab semata mata. Ianya memerlukan persetujuan daripada pemain juga.

PSG memberikan satu lagi tempoh kepada Mbappe, di mana pemain itu boleh u turn untuk kekal dengan PSG dengan menandatangani kontrak baharu sebelum 1 Ogos 2023.

Bermakna 31 Julai adalah tarikh akhir diberikan PSG kepadanya.

Nasser Al Khelaifi agak kecewa dan marah dengan Kylian Mbappe yang mengkhianati kepercayaannya.

Sedangkan dia sudah memberikan Mbappe banyak keistimewaan berbanding pemain lain. Mbappe juga merupakan teras kepada projek PSG.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan