Alamak! Inter Mahu Pulangkan Lukaku Selepas Dia Kutuk Chelsea Beberapa Bulan Lalu

Beberapa bulan lalu, peminat Chelsea pernah mengingatkan Lukaku agar berhati hati dalam berkata kata tentang kelab London itu. Kerana Chelsea masih lagi pemilik sah kepada pemain itu.

Ketika itu Lukaku teruja kembali ke Inter dan menggelarkan perpindahannya ke Chelsea sebagai satu kesilapan. Dan dia sedia terus kekal di Inter secara tetap, tidak memikirkan untuk pulang semula ke London.

Kenyataan itu benar benar mengejutkan peminat Chelsea — SEKALI LAGI — selepas dia membuat wawancara kontroversi dengan Sky Italia musim lalu.

Pemain Belgium itu terdesak untuk kembali ke Itali selepas gagal memenuhi ekspektasi di Stamford Bridge, setelah menandatangani dengan yuran rekod pembelian kelab sebanyak €115 juta pada musim panas lalu.

Dia akhirnya dapat juga menunaikan hasratnya kerana gergasi Serie A itu berjaya memeterai perjanjian pinjaman untuknya. Di mana Inter membayar Chelsea sejumlah €8 juta sebagai yuran pinjaman semusim.

Lukaku tidak mengambil masa lama untuk menerima perpindahan itu. Dan kemudian secara terbuka menyatakan bahawa perpindahan ke Stamford Bridge sememangnya satu kesilapan.

Pada acara pelancaran jersi Nerazzurri untuk kempen 2022-23, penyerang itu, sambil bersantai bersama Barella dia berkongsi:

“Cabaran terbesar dalam karier saya ialah musim ini, di sini. Saya pergi tinggalkan kelab. Ia satu kesilapan, bukan begitu Nico [Barella]? Sekarang saya gembira memakai jersi ini, pasukan ini tahu apa yang perlu kami lakukan, ia akan menjadi hebat untuk mencabar kejuaraan pada musim ini dan kami perlu terus seperti ini.”

Penyerang Chelsea yang dipinjamkan ke Inter itu mengakui bahawa berjauhan dengan Inter membantunya menyedari nilai kelab itu dan betapa kelab itu dihargai di seluruh dunia.

“Saya sedar musim lalu ketika saya di England, betapa pentingnya Inter di mata dunia. Profil kelab semakin bertambah baik pada skala antarabangsa, pendekatan media sosial juga sangat penting dan anda boleh melihat bagaimana kami berada di bilik persalinan, dalam latihan, pelukan dan jenaka kami.”

“Milan adalah bandar yang indah dan itulah sebabnya saya tidak menjual pangsapuri lama ketika saya pergi ke London, kerana ibu saya datang ke sini sepanjang masa dan saya mahu kembali juga.”

Pemain Belgium itu sebenarnya dibayangi oleh dirinya ketika di Stamford Bridge. Ini selepas dia menjaringkan gol yang banyak di San Siro ketika memakai persalinan warna Nerazzurri pada musim mereka menjuarai Serie A.

Dia hanya berjaya menjaringkan gol sebanyak 15 kali dalam 43 penampilan untuk The Blues di semua pertandingan.

Walaupun Chelsea hanya membenarkan pinjaman setahun untuk Lukaku secara rasmi, pasukan Serie A itu dipercayai telah memujuk The Blues untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan pemain Belgium itu nanti.

Kedua-dua pihak dilaporkan telah mencapai persetujuan tidak rasmi yang akan menyaksikan Nerazzurri mengekalkan penyerang itu sehingga 2024 secara pinjaman dan kemudian sedia mengaktifkan perpindagan tetap.

Hal ini kerana Inter Milan masih belum ada kemampuan untuk membayar tanda harga Lukaku. Namun penyerang Belgium itu sudah menyatakan bahawa dia sudah tiada hati untuk kembali ke Chelsea lagi.

Kenyataan Lukaku itu membuatkan peminat Chelsea marah. Mereka mengingatkan Lukaku bahawa dia masih lagi pemain Chelsea. Dia mungkin harus menyimpan terlebih dahulu pengakuan tersebut sehingga dia benar benar sudah dijual ke Inter.

Terbaru, CEO Inter, Giuseppe Marotta berterus terang menyatakan, prestasi semasa Lukaku tidak mencapai standard yang mereka harapkan.

Marotta malah sedia mengembalikan Lukaku ke Chelsea hanya selepas semusim pinjaman.

Berbeza dengan keinginan Inter sebelum ini yang mahu mengekalkan Lukaku sekurang kurangnya 2 musim secara pinjaman sebelum berunding pembelian tetap.

Kontrak semasa Lukaku bersama Chelsea adalah sampai 2026.

Marotta berkata: “Perjanjian Lukaku? Dia akan terus kembali semula ke Chelsea, ianya sebahagian daripada syarat pinjamannya. Dan nanti kita akan lihat.”

“Lukaku tidak berada dalam kondisi terbaiknya lagi, kami masih menunggu Lukaku sebenar yang kami saksikan di masa lalu.”

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.