Alasan Pelik Pagar Selatan Tak Pilih Foden: “Saya Tak Pernah Tengok Dia Main Tengah Dengan City”

Gareth Southgate telah mendedahkan alasan mengapa dia tidak menurunkan Phil Foden dalam aksi seri 0-0 antara England dengan Amerika Syarikat.

The Three Lions gagal memperoleh 3 mata penuh dalam perlawanan kedua Kumpulan B, serta gagal menguji Matt Turner di gawang lawan.

Southgate melakukan tiga perubahan dalam kesebelasan utamanya selepas membelasah Iran 6-2 sebelum.

Phil Foden menjadi nama yang berada di bangku simpanan walaupun menjaringkan lapan gol untuk Manchester City dalam semua pertandingan musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu adalah salah seorang pemain bintang penting Pep Guardiola, menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-3 ke atas musuh ketat Manchester United pada Oktober lalu.

Southgate ditanya mengenai Foden, yang masuk pada minit akhir ketika menang ke atas Iran 6-2 Isnin lalu. Dia diletakkan bangku simpanan di Stadium Al Rayt.

Peminat England termasuk bekas pemain kebangsaan, Ross Barkley mempersoalkan tindakan Southgate itu.

Namun Southgate ada alasan tersendiri untuk tidak menggunakan pemain yang dianggap antara bakat segenerasi itu.

Dia berkata Foden bukan pilihan kerana pemain itu tak sesuai dengan taktikalnya. Southgate menyatakan dia tak pernah melihat Foden bermain di bahagian tengah untuk City.

Alasan itu dianggap pelik. Kerana Foden antara pemain yang boleh bermain di bahagian tengah. Lagipun Foden boleh bermain posisi lain selain tengah jika Southgate mahu memanfaatkan prestasi pemain itu ketika ini.

Ketika ditanya mengapa Pemain Muda Terbaik PFA dua kali itu tidak terlibat, oleh h ITV Sport, Southgate menjawab: “Kami fikir ia adalah perkara yang betul untuk mengekalkan pasukan yang sama dari awal.”

“Pemain yang berada di sayap, kami memilih Jack [Grealish] dan Marcus Rashford, mereka mendahului [berada di atas] Phil dalam [pilihan posisi tersebut dalam] pasukan . Kami rasa Jack akan mengekalkan bola dengan baik untuk kami dan memacu kami naik ke atas.”

“Kepantasan Marcus, kami turut merasakan ianya juga akan menjadi ancaman menjelang perlawanan terakhir. Itu sebahagian daripada permainan [kadangkala pemain bintang diletakkan di bangku simpanan].”

Menurut Miguel Delaney, Southgate kemudian berkata: “Kami rasa tidak sesuai untuk Phil bermain di bahagian tengah kerana dia tidak pernah bermain di sana untuk kelabnya.”

Foden memulakan kariernya sebagai pemain tengah sebelum bermain di posisi sayap. Menariknya, dia bermain di bahagian serangan utama untuk City musim lalu apabila mereka tidak mempunyai penyerang tersedia dalam beberapa perlawanan.

Secara keseluruhan, dia telah bermain 130 perlawanan dalam kariernya di bahagian tengah yang ofensif.

Ia sesuatu yang penyokong England rasakan alasan pelik daripada Southgate.

Malah Pep Guardiola sendiri sebelum ini menyatakan Foden boleh bermain di 5 posisi berbeza termasuk bek sisi kiri.

Guardiola setuju dengan De Bruyne yang percaya suatu hari nanti Foden akan bermain di bahagian tengah.

Lantas ramai yang merasakan Southgate tidak benar benar menganalisis data dan prestasi pemainnya sendiri. Ini kerana Foden merupakan pemain yang sangat serba boleh di atas padang.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di