Alasan Zlatan Tak Nak Jadi ‘Coach’: “Takut Ramai Yang Makan Penumbuk Saya”

Karier menjadi jurulatih ataupun pengurus merupakan karier yang dianggap karier idaman bagi ramai pemain profesional selepas mereka bersara.

Namun bukan bagi Zlatan Ibrahimovic. Di mana pemain AC Milan itu menegaskan bahawa beliau tidak ada ciri ciri sesuai menjadi jurulatih.

Ini kerana Zlatan bukan seorang yang sabar sepertimana jurulatih yang lain. Beliau berkata: “Mustahil. Sebab ketika perlawanan, saya mungkin akan menumbuk sekurang kurangnya dua orang pemain dan menumbuk 8 orang pemain selepas tamat perlawanan.”

Zlatan memang seorang pemain yang agak panas baran. Beliau pernah menghentam Pengarah Sukan PSG – Leonardo – dengan agresif ketika di bilik persalinan.

Bukan itu sahaja beliau juga pernah menyerang pemain Bari dan digantung 3 perlawanan.

Selain daripada itu, dalam satu insiden Zlatan bergurau kasar dengan Cassano dengan menyepak kepala kawannya itu. Gurauan itu membuatkan Cassano mengalami gegaran di kepala (concussion).

Seterusnya, beberapa lagi insiden kontroversi melibatkan Zlatan. Termasuk mengkungfu penjaga gol lawan.

Bekas rakan sepasukannya, Lucoas Moura berkongsi cerita bahawa Zlatan Ibrahimovic memang seorang mulut lancang. Dia suka memaki hamun sesiapa sahaja di sekelilingnya.

Zlatan sentiasa marah marah meminta bola di dalam padang.

Zlatan seorang yang memiliki reputasi mengutuk pengadil. Di Ligue 1 beliau pernah digantung 4 perlawanan kerana menghina pengadil.

Jadi mungkin ada benarnya kenyataan Zlatan Ibrahimovic bahawa beliau tidak sesuai menjadi pengurus. Takut ada pemain yang bertumbuk dengan beliau.

Namun siapa tahu kan? Kalau benar benar dia menjadi pengurus pada suatu hari nanti.

Baca yang lain