Aleister Black Bawa Pencak Silat Ke Pentas WWE

Tom Budgen atau lebih dikenali sebagai Aleister Black adalah seorang penggusti profesional berasal dari Belanda dan kini menjadi penggusti sepenuh masa Di WWE.

Black dilahirkan pada 19 Mei 1985 di Alkmaar, Netherlands. Aleister Black telah membuat debut dalam sukan gusti sejak berusia 17 tahun lagi.

Black adalah antara penggusti paling populer dalam WWE di masa kini.

Beliau mempunyai sejarah yang luar biasa hebat tetapi tidak semua orang mengatahuinya.

Kerjaya Awal Aleister Black

Kebanyakkan penggusti di dunia gusti profesional, mereka minat dan mahu menceburi bidang gusti adalah kerana dipengaruhi oleh WWE dengan menjadi penonton rancangan kelolaan syarikat itu sejak kecil.

Tetapi tidak bagi Black, sejak dari kecil Black tidak menonton atau dipengaruhi oleh WWE. Black sedari kecil lagi adalah peminat rancangan gusti dari Jepun NJPW.

Beliau hanya mula menonton WWE ketika berusia 16 tahun yang mana ketika itu beliau sudah dalam pusat latihan untuk menjadi penggusti profesional.

Black banyak berkorban untuk menjadi seorang penggusti profesional seperti sekarang. Di negara kelahirannya Belanda, tidak ada ruang untuk bakat penggusti di peringkat akar umbi diketengahkan.

Jadi untuk mengembangkan bakatnya, Black telah merantau ke pelbagai negara didunia demi untuk berjaya dalam bidang gusti.

Individu yang banyak membantu dan bersama beliau sejak dari kecil hingga kini adalah bapanya. Bapa Black adalah seorang penggemar rancangan gusti dan mengimpikan agar anaknya mampu menjadi seorang penggusti profesional.

Black Mula Mencipta Nama Dalam Dunia Gusti

Sebelum menyertai WWE, Aleister Black telah mencipta nama yang gemilang di dalam gusti indie.

Antaranya Insane Championship Wrestling, Westside Xtreme Wrestling, Progress Wrestling dan Pro Wrestling Guerilla.

Antara kejuaraan yang pernah beliau menangi sebelum menyertai WWE, wXw Unified World Heavyweight Championship, wXw World Lightweight Championship, wXw Tag Team Championship, ICW Championship dan Progress Tag Team Championship.

Beliau telah menyertai WWE pada tahun 2016 dan beraksi dibawa NXT.

Tetapi beliau hanya membuat kemunculan pertama di WWE pada tahun 2017 setelah urusan Visanya selesai.

Apa yang menariknya adalah ketika beraksi di NXT, Aleister memenangi kesemua perlawanan awalnya dan tidak sampai setahun beliau sudah dapat peluang untuk merebut kejuaraan NXT yang pada ketika itu disandang oleh Andrade Cien Almas.

Pertemuan Black menentang Cien Almas di NXT TakeOver New Orleans pada April 2018 menjadi antara perlawanan paling menarik bagi Cien Almas.

Ini kerana Cien Almas telah mempamerkan persembahan luar biasa ketika menentang Black.

Dalam perlawanan itu juga Black akhirnya berjaya menewaskan Cien Almas dan menjuarai kejuaraan utama NXT.

Black berjaya mempertahankan kejuaraan NXT Champion sehingga Julai 2018. Black tewas kepada Tommaso Ciampa dalam satu perlawanan PPV NXT.

Black menyalahkan Johnny Wrestling Gorgano punca kekalahan beliau kerana telah menggangu perlawanan antara Black menentang Ciampa.

Kemudian terjadi lah feud antara tiga penggusti itu yang memberi aksi hebat di NXT.

Pencak Silat Dibawa Ke Pentas Dunia

Black kemudian telah dibawa naik ke main roaster pada penghujung 2019. Kenapa beliau menjadi tarikan kepada penonton?

Seperti korang semua tahu WWE ni ikut skrip. Pemenang, perlawanan semua tu dah dirancang dan penggusti ni ikut je apa diarahkan.

Walaupun semua dah dirancang tetapi aksi yang mereka tunjuk didalam gelanggang adalah aksi sebenar. Sebab tu ramai penggusti yang cedera kadang ambil masa lama untuk pulih.

Lebih kurang 60% aksi mereka lakukan itu adalah aksi sebenar. Tetapi yang 40% lakonan tu atas kepandaian penggusti itu sendiri lah untuk kaburkan penonton supaya tak nampak lakonan.

Kebanyakkan penggusti gagal nak uruskan hal tu. Tetapi Aleister Black mampu membuat kita semua anggap 100% aksi dia dalam gelanggang adalah benar.

Aleister Black satu-satunya penggusti dalam dunia ni yang pakai buah silat dalam gelanggang gusti. Dari usia tujuh tahun Black telah mempelajari Ilmu persilatan dari guru dia.

Selain silat Black juga ada belajar seni bela diri yang lain macam Kick Boxing, BJJ semua tu tetapi ketika beraksi korang boleh tengok dia lebih menggunakan silat dari martial art yang lain.

Korang bayangkan dengan buah silat, kekuda, sepak terajang, penumbuk serta gerakkan mengelak semua pakai buah silat macam mana tak nampak 100% pergerakkan asli.

Itu lah yang membezakan Black dengan penggusti lain. Dengan tubuh fizikal yang tinggi lampai dan badan penuh tattoo, Black dah berjaya curi perhatian peminat dari penampilan dia sendiri.

Ditambah pula dengan aksi dalam gelanggang yang hebat sebab tu Black menjadi antara penggusti paling populer dalam WWE sekarang.

Walau dia tak nampak sepopuler Kevin Owen, Seth Rollins atau John Cena sewaktu kemuncak, sambutan penonton pada Black pun tidak semeriah bintang terkenal lain.

Tetapi sebenarnya Black adalah antara penggusti paling populer waktu ini.

Buktinya Lagu tema dia Root Of Evil mendapat muat turun tertinggi dan watak beliau dalam permainan video WWE 2k20 adalah yang paling terkenal antara yang lain.

Black baru sahaja menewaskan AJ Style di Elimination Chamber dalam perlawanan tanpa peraturan.

Dalam perlawanan ini Aleister Black mempamer aksi cukup hebat dan feud beliau dengan Style sangat berbaloi ditonton.

Adakah Black akan membawa pencak silat ke WretleMania?sama-sama kita nantikan.

Baca yang lain