Aleix Espargaro Confident Raikan Tempat Kedua, Namun Perlumbaan Masih Ada 1 Pusingan

Aleix Espargaro baru sahaja melakukan kesilapan yang tidak masuk akal dan kelakar bak kata Mat Saleh ‘Blunder’ dan meraikan kedudukan tempat kedua dengan lambaian kegembiraan tanpa menyedari perlumbaan masih berbaki satu pusingan dan baru memasuki pusingan terakhir.

Blunder terus dari Aleix Espargaro membolehkan Jorge Martin dan Johann Zarco memanfaatkan peluang untuk menaiki podium dengan masing-masing berada ditempat kedua dan ketiga.

Harga yang besar terpaksa dibayar oleh kesilapan yang sangat-sangat tidak patut oleh Aleix Espargaro yang terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tangga kelima.

Penyandang gelaran juara dunia MotoGP 2021 Fabio Quartararo menjuarai Grand Prix Catalunya, Barcelona, Sepanyol untuk terus melebarkan kedudukan ditangga pertama carta perlumbaan MotoGP musim ini.

Perlumbaan MotoGP Catalunya berlangsung agak dramatik dan penuh huru-hara bermula diselekoh pertama perlumbaan lagi apabila telah berlaku kemalangan yang menyaksikan Francesco Bagnaia, Alex Rins dan Takaaki Nakagami terus terkeluar dari perlumbaan.

Cubaan Takaaki Nakagami dari pasukan LCR Honda Idemitsu memotong Alex Rins (Suzuki Ecstar) namun tidak berjaya dan telah melanggar jentera Alex Rins.

Impak dari kemalangan itu turut mengheret Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati Lenovo yang menyasarkan menamatkan perlumbaan ditempat ketiga sebagai mangsa kejadian.

Ketiga-tiga pelumba itu dilaporkan tiada mengalami kecederaan serius walaupun Alex Rins mengalami kesakitan dipergelangan tangan dan Takaaki Nakagami diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan selepas kepalanya terhantuk.

Namun kemalangan itu tidak langsung menjejaskan Fabio Quartararo dan Aleix Espargaro kerana terlebih awal berjaya menjarakkan diri dari kedudukan barisan hadapan grid.

Aleix Espargaro merupakan pelumba bintang Sepanyol dan sudah pasti mengharapkan kemenangan kerana bermula dari petak pertama namun berjaya dipintas juara dunia, Fabio Quartararo di selekoh pertama.

Fabio Quartararo terus menjarakkan diri dari huru-hara dibelakang dengan pecutan meninggalkan pesaing terdekat hampir satu saat dibelakang.

Jorge Martin kemudiannya telah memotong Aleix Espargaro untuk berada ditempat kedua namun Aleix Espargaro kembali memotong Martin ketika perlumbaan berbaki 15 pusingan dan ketika itu Fabio Quartararo berada 3.4 saat dihadapan.

Isu tayar yang dijangkan menjadi masalah buat Fabio Quartararo tidak menunjukkan sebarang masalah dan terus menjarakkan diri dengan masa 5 saat di depan.

Ketika itu Aleix Espargaro ditekan hebat oleh Jorge Martin dan Johan Zarco, Espargaro dan Martin terus saling memotong dan berbaki 4 pusingan Espargaro seperti sudah mengesahkan tempat kedua.

Ketika tempat pertama sudah terlepas, kedudukan naib juara merupakan satu pencapaian membanggakan buat Espargaro untuk dijadikan hadiah buat peminat tanah airnya.

Ketika memasuki pusingan terakhir, Espargaro telah melambai-lambai tangan kepada peminatnya di selekoh pertama kerana menyangka perlumbaan sudah pun tamat.

Kejadian ini bukan sahaja memalukan malah telah menyebabkan Espargaro kehilangan podium dan menamatkan perlumbaan ditempat kelima.

Selepas betul-betul menamatkan perlumbaan kekecewaan jelas terpancar dari Espargaro walaupun masih memakai topi keledar bertutup penuh.

Aleix Espargaro menhentikan jenteranya di tepi meletakkan kepala ditangki minyak sambil tangan memegang kepala tanda tidak percaya dengan kesilapan yang dilakukannya itu.

Ini bukanlah kali pertama kesilapan seperti ini dilakukan oleh pelumba dalam perlumbaan di litar Catalunya ini kerana pelumba memilih untuk melihat menara jam yang memaparkan berbanding papan dari pasukan di tepi pit.

Joan Mir telah mempamerkan tungangan yang paling padu dalam perlumbaan ini apabila menamatkan perlumbaan ditangga ke-4 selepas bermula dikedudukan ke-17.

Bukan hanya kehilangan podium, Aleix Aspargaro juga kehilangan mata berharga di mana sepatutnya meraih 20 mata namun hanya memungut 9 mata dan memberi kelebihan kepada Quartararo di carta pendahulu.

Fabio Quartararo yang meraih kemenangan kedua musim ini mengumpun 147 mata meninggalkan Aleix Esparago ditempat kedua dengan 125 mata.

Jika Aspargaro menamatkan perlumbaan ditempat kedua jarak mata mereka hanya 13 mata berbanding sekarang menjadi 22 mata.

Diakhir musim kesilapan ini mungkin akan menghantui Esparago lagi untuk seluruh hidupnya jika perebutan juara dunia hanya dibezakan dengan kurang 9 mata.

Artikel asal: The Sukan

Baca yang lain