Allegri Koyak Dan Sound Wartawan: “Leading 1-0 Kau Nak Kami Terus Menyerang?”

Max Allegri sekali lagi terlibat dalam pertikaman lidah musim ini. Sebelum ini dia bertikam lidah dengan penyokong kerana mengkritik pemainnya.

Kali ini dia mengecam wartawan yang seolah olah mempertikaikan taktikalnya.

Juventus diikat Nantes 1-1 dalam aksi play off Liga Europa.

Juventus mendahului menerusi Dusan Vlahovic pada separuh masa pertama.

Namun ramai merasakan taktikal Allegri yang tidak cukup intensif membuatkan Juventus diikat lawan mereka pada separuh masa kedua.

Lalu selepas tamat perlawanan, seorang wartawan mempersoalkan, kenapa Juventus mengendurkan intensiti mereka dalam perlawanan tersebut?

Perkara itu membuatkan Allegri bengang dan berkata: “Perlu ke saya mengarahkan pasukan saya bermain agresif dalam kedudukan kami mendahului 1-0?”

“Itu bukan perkara yang saya mahu ketika Juventus pada kedudukan 1-0. Kami ni buatkan saya jadi gila dengan menyatakan perkara perkara seperti ini.”

“Kamu buat sayang bengang dan marah kerana menyebut benda benda tahi macam ini.”

Allegri kemudian mengingatkan wartawan itu bahawa dalam karier pengurusannya, pasukannya sentiasa menjaringkan gol yang banyak dalam semusim.

“Pasukan saya sentiasa menjaringkan 70 hingga 80 gol semusim, biarkan nombor itu berbicara,” tambah Allegri.

“Kamu bercakap kosong, saya bercakap dengan nombor, tentang perkara yang serius, bukannya sembang kosong macam kamu.”

Komen Allegri itu sebenarnya membuatkan peminat Juventus berbelah bagi. Menurut mereka, Allegri sudah hilang plot ketika menjawab wartawan sebegitu.

Dia jelas sekali sedang dalam tekanan.

Peminat Juventus sendiri ramai setuju dengan wartawan itu menyatakan bahawa pasukan seperti Juventus tidak harus berpuas hati dengan kelebihan 1 gol sahaja. Mereka harus terus menyerang.

Juventus melalui musim sukar  musim ini. Mereka memulakan musim dengan tidak konsisten. Namun sebelum Piala Dunia, Juventus mengganas dan naik sehingga ke top-3 selepas itu.

Malangnya, ketika mereka dalam prestasi yang baik, Juventus dipotong 15 mata oleh FIGC kerana didakwa menipu dalam laporan kewangan.

Ianya berlaku, beberapa  hari selepas mereka dibelasah Napoli 5-1.

Baca yang lain