Ami Kodama Jadi Sensasi Internet Kerana Video Ini

Atlet lompat jauh Jepun, Ami Kodama menjadi sensasi internet secara tiba tiba. Ini selepas warganet memuji kecantikannya serta keayuannya ketika berada di trek.

Di Thailand misalnya, netizen mereka menjadi gempar dengan video tersebut dan banyak sekali perkongsian tentang Ami Kodama dibuat oleh mereka.

Walaupun Ami hanya menamatkan acaranya di tangga kelima pada ketika itu. Tetapi di hati netizen, Ami Kodama adalah juara sebenar dan pemenang pingat emas untuk acara memenangi hati.

Ini mungkin detik paling gila dalam karier Ami Kodama ketika ini. Video tersebut dipercayai ketika aksi Kejohanan Olaharaga Terbuka Jepun 2020.

Kodama bersiap sedia untuk melakukan lompatan dan fokus. Dia sempat melambai kepada audien ketika namanya diumumkan. Kodama menghela nafas untuk membuang gugupnya.

Semua kelakuan Kodaman itu dianggap sangat menarik dan comel.

Ianya mulai menjadi sensasi dan membuatkan nama Ami mulai melonjak naik.

Malah ramai yang mulai mengisytihar mereka sebagai peminat no.1 pasukan lompat jauh wanita Jepun dan menyemak senarai acara untuk Olimpik 2020. Mana tau boleh jumpa Ami Kodama di sana.

Ada yang menyatakan bahawa jawatankuasa Olimpik seharusnya membuat siri 3 episod untuk Kodama seperti sebuah realiti tv. Kerana ramai mahu tahu bagaimana kariernya bermula.

Seterusnya tunjukkan sekali detik dia bersarapan pagi sehinggalah ke trek dan kemudian acara pada hari berikutnya.

Nama Ami Kodama terus menjadi perhatian manusia di pelusuk dunia. Ada yang menyatakan bahawa mereka baru sedar bahawa sukan lompat jauh sebenarnya sangat best. Selama ini tak perasan.

Bukan itu sahaja, malah Ami Kodama menambah ribuan peminat baharu di instagram beliau dalam masa 24 jam selepas video itu tular.

Ramai yang terus berusaha mencari informasi lain tentang Ami Kodama.

Ini adalah video Ami Kodama yang tular teruk di media sosial dalam beberapa hari ini.

Ami Kodama memang sudah lama menceburi acara lompat jauh. Beliau merupakan atlet muda yang berbakat besar dan berpotensi tinggi.

Beliau bukan sahaja terkenal kerana rupanya, tetapi juga kerana bakatnya.

Sebenarnya, saya sudah cuba meluangkan masa hampir sejam mencari maklumat acara lompat jauh wanita di Olimpik 2020. Saya tidak menjumpai informasi Ami Kodama dalam sukan Olimpik kali ini.

Jadi kepada peminat setia pasukan lompat jauh Jepun, anda mungkin lebih arif tentang informasi tersebut. Dan jangan lupa berkongsi maklumat dengan rakan rakan seperjuangan anda yang turut stan Ami Kodama.

Acara lompat jauh merupakan acara padang yang wajib dipertandingkan dalam temasya Olimpik.

Jepun dipilih sebagai tuan rumah untuk Olimpik 2020 yang sudah pun membuka tirainya. Sukan Olimpik terpaksa ditunda ke tahun ini kerana isu kesihatan global.

Venue pertandingan turut tanpa penyokong. Sebelum ini ramai warga Jepun sendiri menentang penganjuran sukan ini. Namun ianya tetap diteruskan.

Ini selepas kerajaan Jepun berusaha untuk mengelakkan negara mereka menanggung kerugian yang lebih besar.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil