Amnesty Terus Gesa FIFA Tegakkan Hak Asasi Manusia Di Arab Saudi

Arab Saudi baru sahaja diumumkan bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 memandangkan mereka tidak ada pesaing lain untuk membida hak penganjuran.

Menurut The Guardian, Arab Saudi masih perlu menghantar bidaan rasmi sebelum Julai 2024. Gianni Infantino sudah mengesahkan bahawa Piala Dunia 2034 akan diadakan di Arab Saudi.

Ianya selepas Australia menarik diri daripada persaingan untuk mendapatkan hak penganjuran.

Amnesty International, pertubuhan hak asasi manusia yang paling banyak membidas negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Qatar, kembali dengan kecaman mereka.

Sebelum ini Amnesty International pernah mendesak agar pemilikan kelab oleh PIF – milik Arab Saudi – di Newcastle United dibatalkan kerana mereka mengaitkan negara itu dengan isu kemanusiaan.

Ini termasuk kes pembunuhan Jamal Kashoggi yang dikaitkan dengan kerabat diraja Arab Saudi. Namun sehingga hari ini kerabat diraja Arab Saudi menafikan pembabitan mereka dalam kematian wartawan itu.

Amnesty mendesak FIFA agar menegakkan hak asasi manusia di Arab Saudi. Mereka memberikan amaran kepada FIFA agar mengotakan janji mereka bahawa hak asasi manusia sentiasa ditegakkan di dalam penganjuran Piala Dunia.

Mereka mahu kebebasan bersuara dan mengamalkan budaya serta cara hidup termasuk kebebasan seksualiti dihormati ketika di Arab Saudi. Kerana negara itu menegah sama sekali hubungan sejenis Selain itu mereka juga mahu hak pekerja dan buruh dijaga.

Steve Cokburn, ketua hal ehwal ekonomi Amnesty International berkata: “Komitmen ke atas hak asasi manusia harus dipersetujui dengan bakal penganjur Piala Dunia sebelum keputusan akhir dibuat tentang siapa yang akan menganjurkan pertandingan.”

“Bidaan harus dibatalkan jika penganjur tidak tegas dalam menyatakan pendirian mereka tentang risiko hak asasi manusia yang mungkin terancam.”

“Ini peluang terbaik untuk FIFA mendapatkan jaminan untuk menjaga hak pekerja, memastikan hak kebebasan bersuara dan menghalang sebarang bentuk diskriminasi yang berkaitan Piala Dunia ketika pemilihan tuan rumah. Proses ini bukannya selepas tuan rumah disahkan dan persiapan untuk penganjuran sudah bermula.”

Sebelum ini Amnesty International lantang memperjuangkan agar hak kaum pelangi diterima di Qatar termasuk kibaran bendera mewakili mereka.

Qatar sudah menegaskan bahawa mereka tidak menghalang kibaran bendera namun cuma menasihati agar tidak mengibarkannya kerana ia boleh menyinggung perasaan rakyat Qatar yang mungkin akan bertindak agresif.

Namun begitu Qatar 2022 telah membuka mata ramai pihak bahawa negara Islam itu sangat selesa untuk dilawat. Mereka juga semakin ramai kagum dengan perundangan negara Qatar yang sangat ketat dalam melindungi keselamatan wanita dan sebagainya.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang